Saintis Buat Kajian Makan Ais Krim Waktu Pagi Jadi Lebih Bijak

image-5

www.timeout.com

Apa yang anda fikirkan apabila diberikan pelepasan oleh ibu bapa untuk memakan ais krim sebagai santapan pagi? Pasti anda sudah bayangkan betapa sedap dan manisnya sarapan anda nanti.

Di Jepun, seorang saintis cuba menyakinkan orang ramai dengan memakan ais krim di waktu pagi boleh menjadikan anda seorang yang bijak.

ads-beard-oil-with-azrel

Menurut Telegraph,  Yoshihiko Koga, profesor bagi universiti Tokyo telah mencadangkan untuk memakan ais krim sebagai menu sarapan, kerana dikatakan ais krim dapat membantu seseorang itu dari segi amaran dan juga kebijaksanaan.

Koga telah melakukan percubaan klinikal yang dijalankan kepada tiga orang pelajar, mereka diminta untuk memakan tiga scoop ais krim setelah bangun dari tidur dan menjalani peperiksaan selepas itu.

Dia telah membandingkan kertas peperiksaan itu bersama dengan mereka yang mengambil sarapan biasa.

6e61c8cfdb0e7979b7c4b563d067f0e8

Pinterest

Menurut kajiannya, memakan ais krim dapat menaikkan reaksi seseorang dan dapat mengelakkan sakit mental.

Dia memberitahu, kumpulan yang memakan ais krim itu lebih cepat tindak balasnya dan reaksi mereka lebih cepat berbanding kumpulan sebaliknya.

Koga kemudiannya cuba membuat kajian dengan memberikan mereka air sejuk tetapi tindak balas seperti memakan ais krim adalah berbeza.

ads-facial-bar

Buat masa sekarang Kago masih lagi meneruskan kajian berkenaan dengan prestasi mereka yang memakan ais krim di waktu pagi, jika ada perkembangan terbaru kami akan kongsikan. Komen di bawah.

Sumber: Says

BACA: Makanan Sihat Tingkatkan Imunisasi

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.