Sailor Moon Kini Sudah Sah Menjadi Isteri Kepada Ultraman

Maaf, Tuxedo Bertopeng, kemungkinan Sailor Moon ini bukanlah sebenarnya jodohmu. Pada 11 Januari tahun lepas, perajurit kelasi wanita asal Jepun itu telah rasminya menjadi isteri kepada adiwira yang turut berasal dari Negeri Sakura, iaitu Ultraman Zero.

Sailor Moon dan Ultraman Zero pun tidak dapat menyembunyikan kebahagiaan mereka selesai pernikahan itu didaftarkan. Kitagawa Keiko—aktres yang memegang watak Sailor Moon dalam versi live action—dan Daigo—pemegang watak Ultraman Zero—mempunyai begitu banyak cerita  yang menyatukan mereka dalam ikatan pernikahan.

Gambar hiasan: Arama! Japan

Dalam sebuah perjumpaan untuk pengumuman pernikahan mereka, Daigo mengaku sudah lama ingin meminang Kitagawa setelah sekian lama bercinta. Menurut dia, wanita pujaannya itu memiliki pesona baik baik dari segi luaran mahu pun dalaman. Dan, yang membuatkan Daigo makin jatuh cinta adalah kecintaannya pada muzik.

“Jujur, ketika kami mulai bercinta, saya sangat serius dalam memikirkan mengenai hal pernikahan dengannya. Dia wanita yang cantik, menyenangkan, dan di atas segalanya, dia juga menggemari musik saya. Dia begitu sempurna dan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan bagi saya,” menurut Daigo seperti yang dipetik dari Tokyo Hive.

Sementara, bagi Kitagawa, pernikahan itu juga dianggapnya adalah hasil sebuah perjuangan. Daigo berhasil dalam membuktikan kepadanya tentang usaha keras untuk mencairkan hatinya dengan menyelesaikan cabaran maraton sejauh 100 km.

Gambar hiasan: Japan Today

“Daigo memberitahu bahawa dia ingin bernikah ketika dia melamar saya, jadi saya langsung memikirkan itu dari awal. Tapi saya menjadi lebih yakin ketika dia melamar di saat setelah selesai berlari maraton amal sejauh 100 km untuk 24 Hour Television NTV,” menurut Kitagawa.

Tidak hanya itu, Kitagawa  juga menilai bahawa Daigo sangat sempurna dalam menjadi pendamping hidupnya. Dia juga sangat menyukai ciri-ciri personaliti Daigo.

Gambar hiasan: Ukiyaseed

Dua sejoli ini awalnya bertemu pada 2011 ketika itu Daigo menjadi bintang tetamu episod pertama drama Lady Saigo no Hanzai Profile yang turut dibintangi Kitagawa. Mereka kemudiannya terus berhubungan sebagai teman, namun begitu pada musim panas 2014 lalu, mereka mulai bercinta.

Baca lagi: Populariti Mendadak Kumpulan Kpop BTS, Tahun 2016 Penuh Makna

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *