Sabun Mandi Mana Satu Jadi Pilihan?

GQ.com

Soalan serius, sabun badan jenis cecair atau buku menjadi pilihan?

Mungkin ada di antara anda yang sudah lebih 10 tahun menggunakan sabun buku sebagai pilihan ketika mandi tanpa memikirkan kelebihan lain yang terdapat pada sabun mandi jenis cecair.

Jom ikuti perbandingan yang kami buat bagi sabun jenis buku dan juga cecair.

#1. Kebersihan maksima

Pemenang : Sabun buku

Untuk pusingan pertama pemenangnya ialah sabun buku. Bukan cecair tidak praktikal, kedua-dua jenis ini merupakan pekerjaan mereka untuk memberikan kebersihan kepada badan kita.

Kebanyak sabun buku mempunyai sodium lauryl sulfate dan anti-bakteria yang lain. Namun sabun buku lebih senang membersihkan kuman yang ada di badan.

#2. Penjagaan Kulit

Pemenang: Sabun Cecair

Disebabkan kekurangan PH, lelaki dengan kulit yang sensitif akan lebih mendapat kelebihan daripada sabun cecair. Terdapat banyak jenis sabun cecair yang mempunyai kandungan petrolatum yang besar, yang boleh melembutkan kulit.

Setiap kali kita mandi, secara automatik kita akan hilang kelembapan di dalam badan, tetapi jika kita menggunakan sabun cecair secara automatik badan kita akan kekal 30 % lembab.

#3. Wangi

Pemenang: Sabun buku

Bagi kebiasaan orang yang menggunakan sabun buku ketika mandi pasti dapat merasakan baunya akan bertahan lebih lama. Selain daripada itu juga, sabun buku juga boleh didapati dengan jenis yang tiada bau dan elok untuk kulit anda yang sensitif.

Selain daripada itu, sabun cecair selalunya akan ada tambahan wangian yang boleh mengakibatkan kegatalan kulit.

#4. Tahan lama

Pemenang: Kedua-dua sekali

Sebenarnya berapa lama tahan sesebuah sabun itu bergantung pada cara penggunaan.

Disebabkan sabun buku dibentuk dalam keadaan solid ianya mudah dianggarkan berapa banyak ingin kita gunakan.  Pada masa yang sama, sabun jenis ini mudah lembik akibat terendam lama di air. Selalunya jika anda bercadang menggunakan sabun buku sebagai pilihan sabun mandi elok anda sediakan bekas.

Ini berlainan pula dengan menggunakan sabun cecair kerana kita akan lebih mudah memicit sabun dengan kuantiti yang banyak. Untuk mengelakkan terlalu banyak menggunakan sabun itu, pastikan anda memicit dalam kuantiti yang sedikit.

#5. Kebersihan

Pemenang: Sabun cecair

Ini kerana jika anda menggunakan sabun cecair anda boleh bersihkan belakang anda dengan menggunakan span mandi, hanya dalam bentuk cecair boleh dilakukan. Selain daripada mudah larut di badan sabun cecair menjadi pilihan.

#6. Lebih mudah digunakan

Pemenang: Sabun cecair

Memang benar, sabun cecair lebih mudah digunakan kerana tidak perlu anda menyapu dengan air jika menggunakan sabun buku. Hanya dengan cairan anda boleh bersihkan keseluruhan badan anda. Cecair juga mudah di bawa ke mana sahaja berbanding sabun buku yang kadang-kala akan terjatuh.

Selain senang dibilas, cara penggunaan sabun cecair juga lebih mudah sehingga menjadi pilihan pembeli.

#7 .Lebih Eco-Friendly

Pemenang: Sabun buku

Ini kerana sabun buku hanya menggunakan kerta pembungkus dan kemudian setelah kita menggunakan kita akan menyimpan di dalam bekas. Oleh itu ianya menjadikan sabun buku lebih eco – friendly.

Berbanding sabun cecair yang menggunakan botol plastik.

#8. Sabun buku

Bagi perbandingan harga pula, sabun buku harganya lebih murah berbanding sabun cecair.

#9. Lebih mudah untuk di bawa melancong

Pemenang: Sabun cecair

Ianya lebih mudah digunakan kerana boleh dibeli untuk dibawa melancong.

#10. Penampilan

Pemenang: kedua – duanya

Sabun buku datang di dalam pelbagai bentuk, warna dan juga tulisan manakala bagi sabun cecair pula ianya datang di dalam pelbagai jenis bentuk.

Jom komen di bawah!

Sumber: Real Men Real Style

BACA: Ada Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Gunakan Span Badan Ni

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *