Saat Tom Cruise ‘Dikutuk’ Puteri Ahmanet

Bagi anda penggemar filem Mummy yang ditayangkan secara perdana pada 1999, The Mummy terbaru boleh mengubati rasa rindu terhadap tayangan berlatar Mesir kuno dengan idea pencarian harta karun.

Filem remake ini dibintangi sederet aktor dan aktres ternama seperti Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, dan Russell Crowe. Kisah bermula ketika Nick Morton (Tom Cruise) mendapat tugas mengintai Iraq, namun tujuannya bertukar saat mendengar ada harta karun di kawasan tersebut.

Gambar hiasan: IMDB

Sayangnya, dia dikenali oleh kumpulan pemberontak dan diletupkan habis-habisan dengan serangan senjata. Untuk menyelamatkan Nick, pasukan lain mengebom kumpulan pemberontak.

Tak disangka, runtuhan akibat bom tersebut mengantarkan Nick pada bahagian penjara peninggalan bangsa Mesir yang selama ini dicari oleh seorang arkeologi eny Helsey (Annabelle Wallis).

Gambar hiasan: IMDB

Kecuaian Nick membuatkan mereka terpaksa menghadapi kebangkitan Princess Ahmanet (Sofia Boutella) yang menyebabkan malapetaka. Princess Ahmanet merupakan puteri Firaun yang diawetkan hidup-hidup kerana membunuh anggota keluarganya demi mewarisi takhta kekuasaan.

Kerajaan Mesir pun menguburkannya secara hidup-hidup dalam bahagian penjara kuno yang sangat dalam. Dia juga direndam dengan air raksa agar kekuatan roh hitam yang menyertainya dilemahkan.

Gambar hiasan: IMDB

Ketika peti berisi mummy Ahmanet diangkat dengan pesawat kargo, kejadian aneh yang luar biasa terjadi. Serbuan burung gagak hitam membuat pesawat terhempas. Berkat bantuan parachute yang dipasangkan Nick, Jeny selamat.

Anehnya, Nick menjadi satu-satunya penumpang pesawat yang selamat. Bahkan, dia tidak mengalami luka apapun. Kebingungan demi kebingungan menyelimuti Nick. Setelah diselidiki, Nick telah mendapat kutukan Princess Ahmanet.

Akankah Nick mampu untuk menyelamatkan diri dari kutukan Ahmanet? Filem yang berdurasi 107 minit ini memberikan pengalaman yang menyeramkan, sedikit ngeri, namun mampu juga untuk menghibur.

Baca lagi: Keperibadian Melania Trump Dilihat Dari Tulisan Tangannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.