RM520 Bilion Adalah Jumlah Kerugian Lelaki-Lelaki Bilionair Ini

brexit

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita tentang Britain telah mengumumkan untuk keluar daripada Kesatuan Euro (EU) di mana ia popular dengan nama Brexit. Rentetan daripada isu ni, selain daripada memberi impak kepada Britain sendiri, ia turut melibatkan seluruh dunia.
Apa itu Brexit? Brexit adalah satu referendum yang dibuat oleh rakyat Britain untuk mengundi agar Britain keluar daripada Kesatuan Euro. Undian ini telah dibuat pada 23 Jun 2016.

Brexit telah memberi kesan kepada pelbagai aspek dan terutama sekali berkaitan dengan kewangan dan ekonomi. Selain memberi kesan kepada orang-orang biasa, ia juga memberi kesan kepada bilionair-bilionair seluruh dunia.

Menurut sumber daripada independent.co.uk, lebih kurang 400 orang terkaya di dunia yang menerima kesan akibat Brexit ini. Lebih kurang RM520 bilion kerugian yang dialami oleh golongan ini.

Lelaki terkaya di Eropah iaitu Amancio Ortega telah kerugian sebanyak RM26 bilion sebaik sahaja undian menunjukkan majoriti rakyat Britain mahu keluar daripada Kesatuan Euro. Manakala, pengasas Microsoft, Bill Gates dan pengasas Amazon, Jeff Bezos, telah mengalami kerugian sebanyak RM4.4 bilion.

Di Britain sendiri, antara broker saham yang terkaya di sana, Peter Hargreaves, telah mengalami pengecutan 19% dalam kekayaan yang dimilikinya. Ini adalah kerugian yang paling besar yang dicatatkan di Britain.

George Soros

George Soros

Tetapi, berbeza pula dengan George Soros yang sebelum ini ada memberi amaran bahawa Brexit akan mengakibatkan ekonomi Britain jatuh teruk, telah mencatatkan keuntungan kerana pelaburan beliau dalam emas.

Pihak Bank of England telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak mereka akan berusaha sehabis baik untuk memberikan kestabilan semula kepada keadaan kewangan Britain selepas peristiwa Brexit.

Namun begitu, disebalik kerugian yang dialami oleh bilionair-bilionair ini, tiada sikit pun rasa simpati yang diberikan kepada mereka oleh rakyat-rakyat. Jika dilihat dalam ruangan komen independent.co.uk, ramai yang memerli akan kerugian yang dialami oleh lelaki-lelaki terkaya ini. Malah, ada yang dengan nada mengejek menyatakan, “Adakah patut kita membuat kutipan derma untuk bilionair-bilionair ini?” Mungkin mereka berfikir, mengapa perlu risaukan yang kaya sedangkan yang banyak mengalami kerugian adalah si miskin? Mungkin ini adalah sesuatu yang harus diperhalusi lagi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

 

*sumber gambar dari Google

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *