Refleksi Warna Adiwira

Pinterest

Adiwira! Pastinya ramai antara kita yang teruja dengan watak-watak komik dari seluruh dunia. Komik Pedang Setiawan yang popular di Malaysia satu ketika dulu menampilkan adiwira Hong Kong yang digambarkan cukup hebat dengan pelbagai kemahiran kung fu.

Begitu juga dengan watak-watak ciptaan Holywood yang menjadi kegilaan seluruh dunia. Dari Superman hinggalah Ant Man (orang semut?), watak-watak ini popular hingga menjana billion dolar dalam industri hiburan.

Jika kita perhatikan watak-watak adiwira yang ada, pastinya kita akan melihat rona merah dalam kebanyakan pakaian mereka. Iron Man dan Spiderman antara contoh yang baik. Merah adalah warna berani, bold dan autoritatif. Imej yang hendak disampaikan adalah imej garang dan punya kemampuan.

Watak Batman pula direka serba hitam kerana unsur misteri yang ingin ditonjolkan. Imej adiwira ini misteri, penuh rahsia dan kelam. Nama pun Batman (orang kelawar), jadi sesuai dengan nama itu, watak ini direka untuk bersembunyi dan keluar hanya pada waktu malam. Kelawar memang sifatnya tidur di siang hari.

DC Comics

Aksesori yang mengiringi Batman juga direka dengan warna hitam. Sama ada berkilat atau tidak kesemua peralatan yang digunakan Batman ini berwarna gelap. Ini dipercayai untuk menambah misteri karakter tersebut.

Selain warna yang solid, gabungan 2 warna juga digunakan untuk menggambarkan karakter itu dengan lebih berkesan. Hero paling awal dan paling lama dalam sejarah ialah Superman. Pakaian adiwira ini menggabungkan warna biru dan merah. Biru adalah warna harmoni. Warna persahabatan. Maka biru dijadikan warna latar utama dalam pakaian Superman. Manakala warna merah yang garang itu diletakkan sebagai warna mantel. Ini adalah bagi menggambarkan Superman ini sebagai hero yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang juga bersifat berani dan gagah.


Comicvine

Warna memainkan peranan yang bukan sedikit dalam menyampaikan mesej dan imej tertentu. Dalam banyak perkara warna memainkan peranan untuk meningkatkan atau merendahkan mood seharian. Bijaklah memilih warna dalam pemakaian anda. Tidak mahu nanti ingin menyampaikan mesej serius, tetapi imej badut yang keluar.

Selamat bergaya!

Baca Lagi: Ketahui Fungsi Lubang Butang di Jaket Suit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *