Rancangan TV Kemandirian Hidup Yang Berbaloi Untuk Ditonton

Rancangan TV berkisarkan survival ataupun kemandirian hidup di dunia luar banyak dipaparkan dan sangat berbaloi untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Walaupun rancangan yang sedia ada banyak dipelopori oleh “orang putih”, sebenarnya isi kandungannya sangat relevan untuk sesiapa pun, dan di mana-mana sekali pun. Tercampak di dalam hutan, sesat di padang pasir dan sebagainya menjadi mimpi ngeri dan tiada siapa pun mahukan itu terjadi. Malangnya, ia tetap boleh berlaku.

Sebab itulah rancangan-rancangan seperti ini wujud. Perkara-perkara asas seperti menghidupkan api, membina khemah, mencari sumber makan, ikhtiar hidup dan mencari jalan pulang; semuanya ada cara yang boleh diikut.

Kami senaraikan rancangan televisyen yang boleh ditonton demi menambah pengetahuan tentang kemandirian hidup di dunia asing.

 

Survivorman

Sumber gambar; http://idiotspoint.com

Tajuk rancangan ini merujuk kepada kemandirian pengacaranya, Les Stroud, yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran hidup untuk terus hidup bersendirian sehingga sepuluh hari di lokasi yang terpencil, di mana beliau hanya membawa sedikit atau tidak ada makanan, air, atau peralatan yang boleh membantu kelangsungan hidup. Apa yang menarik dan menjadi tumpuan perbincangan ramai ialah Les Stroud bersendirian sepanjang pengambaran.

Survivorman di Youtube.

 

Dual Survival

Sumber gambar: http://images.amcnetworks.com

Apabila dua orang yang mempunyai latar belakang berbeza disatukan dalam rancangan sebegini, kekecohan pasti terjadi. Selain kaedah mencari air, makanan dan jalan pulang yang berbeza, kedua-dua pengacara juga sering bertelagah pendapat. Berbekalkan peralatan yang yang minimum, kedua-dua mereka ditinggalkan di pulau Nova Scotia yang tidak berpenghuni, puncak gunung di New Zealand, jauh ke dalam Taman Negara Everglades, hutan di Thailand, juga padang pasir di Baja California, dan lain-lain; di mana mereka perlu berseteru dengan alam sekitar, dan juga sesama sendiri.

Tonton Dual Survial di Discovery

 

Mensive Pomade

Man Vs Wild

Sumber gambar; Google Play

Kegilaan pengacaranya, Bears Gryll, minum air kencing sendiri pasti tak dapat dilupakan. Ini adalah salah satu langkah kelangsungan hidup di padang pasir yang beliau kongsikan dalam rancangan ini. Bersama beberapa orang krew tv, Gryll akan memulakan rancangan dengan lompatan payung terjun dari kapal terbang yang berlegar di udara. Sebaik mendarat (di laut, dalam paya, di atas puncak gunung), survival beliau bermula. Kadang-kadang perkara yang tidak masuk akal (ataupun, tidak terfikir) menjadi rencah “keseronokan” rancangan ini. Gryll juga pernah menjemput beberapa orang bintang Hollywood untuk mengalami sendiri pengalaman hidup dalam serba terbatas di kawasan yang antah berantah.

Taip saja “Man Vs Wild” di Youtube, bersusun videonya di sana.

 

Man, Woman and Wild

Sumber gambar; Google Play

Rancangan ini menampilkan pakar survival, bekas Pasukan Khas Tentera Darat Amerika Syarikat Mykel Hawke, dan isterinya wartawan televisyen, Ruth England. Mereka berdua perlu bertahan beberapa hari dengan bekalan terhad di beberapa lokasi di seluruh dunia. Rancangan ini lebih memfokuskan bagaimana Hawke mengajar isterinya perkara-perkara kemahiran hidup dengan sumber yang terbatas. Dalam salah satu sirinya, Ruth pernah mengalami dehidrasi yang teruk semasa berada di padang pasir di Mexico.

Beberapa siri rancangan ini ada dikongsikan di saluran Discovery UK.

Belajar Kemandirian Hidup Sambil Berhibur

Menonton rancangan-rancangan ini sudah tentu ada “drama” yang berlaku (atau dibuat-buat). Ya, kadang-kadang ada rasa meluat tetapi ianya perlu untuk menambah rasa. Apa yang penting, ilmu yang dikongsi adalah praktikal dan bukan sia-sia. Tidak banyak, sedikit pun pasti ada yang bermanfaat.

Sekarang, sudah sedia?

Jom!

 

____
Sumber gambar;
http://idiotspoint.com, http://images.amcnetworks.com, Google Images

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *