Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

Pernah tak anda lihat mana-mana pemain bola sepak yang rambutnya sentiasa tersisir rapi dari awal permainan sehinggalah minit ke 90? Yang menariknya, rambut mereka seolah-olah tidak bergerak langsung walaupun bola sudah terkena rambut apabila menanduk, malah ia masih kekal di tempat yang sama.

‘Keajaiban’ ini telah menyebabkan kami berminat untuk menyenaraikan 5 pemain bola sepak yang sentiasa tampil dengan gaya rambut yang tersisir rapi dari awal sehinggalah habis permainan. Entah apalah rahsia mereka sehinggakan rambut mereka masih kekal begitu bentuknya walaupun selepas 90 minit berlalu. Jom kita lihat senarai 5 pemain pilihan kami.

rambut

Kredit foto: Associated Press

Olivier Giroud

Pemain yang berasal dari Perancis dan kini bermain untuk Arsenal sejak tahun 2012 adalah antara pemain yang mampu mengekalkan sisiran rambutnya dari awal permainan sehingga tamat.

Sebagai seorang penyerang, Giroud pasti senantiasa diasak dan dihalang oleh pertahanan daripada menjaringkan gol. Mahu atau tidak, sedikit sebanyak pasti akan merosakkan bentuk rambutnya. Tetapi, selepas 90 minit, rambut Giroud masih lagi kemas dan menarik seolah-olah beliau belum lagi beraksi di atas padang.

rambut

Kredit foto: eurosport.co.uk

Sergio Ramos

Salah seorang pemain senior dalam skuad Real Madrid yang masih lagi lincah dan pantas dalam membantu barisan pertahanan Real Madrid daripada dibolosi. Kehebatan beliau sebagai pemain pertahanan memang tak dapat disangkal lagi kerana Ramos sudah banyak kali membantu Madrid memenangi pelbagai kejuaraan.

Selain daripada hebat beraksi di atas padang, Ramos juga hebat dalam mengekalkan sisiran rambutnya. Sebagai pertahanan, beliau perlu beraksi keras dan cergas untuk menghalang lawannya. Walaubagaimanapun, aksi-aksi begitu sedikit pun tidak dapat mencacat-celakan rambut Ramos dan ia terus kekal begitu selepas tamat perlawanan.

rambut

Kredit foto: t-online.de

Marco Reus

Pemain yang kini beraksi untuk kelab Borrusia Dortmund dan juga pernah mewakili skuad kebangsaan Jerman ini juga merupakan seorang pemain bola sepak yang mempunyai gaya sisiran rambut yang cukup kemas.

Marco Reus boleh bermain di tiga posisi yang berbeza iaitu attacking midfielder, winger atau striker. Ketiga-tiga posisi ini memerlukan Reus bergerak pantas dan laju untuk melepasi barisan pertahanan. Hal ini juga menyebabkan beliau sentiasa diasak agar tidak melakukan sebarang hantaran ataupun jaringan. Walaupun teruk diasak, Reus masih dapat mengekalkan kekemasan rambutnya sehingga tamat permainan.

Baca lagi: 12 Pemain Bola Sepak Ini Mempunyai Jambang Yang ‘Super Cool’

ads-pomade_updated

rambut

Kredit foto: shoot.co.uk

Graziano Pelle

Pemain kebangsaan Itali ini sentiasa tampil dengan rambut yang disikat kemas dan sentiasa nampak berminyak. Pelle memulakan karier bola sepaknya sebagai pemain profesional di kelab Lecce dalam Serie A. Semasa di AZ Alkmaar, Pelle pernah membantu kelab ini memenangi Liga Belanda.

Pemain yang berusia 31 tahun ini bermain di posisi penyerang. Sebagai penyerang, beliau perlu kreatif mencari peluang untuk membuat jaringan. Oleh itu, pertahanan-pertahanan lawan akan sentiasa menjaga beliau dengan rapi agar tidak menjaringkan gol. Namun begitu, walaupun diasak, Pelle masih dapat mengekalkan tekstur rambutnya sehingga tamat permainan.

rambut

Kredit foto: 101greatgoals.com

Toby Alderweireld

Memulakan kariernya di kelab Ajax Amsterdam, kemudian berhijrah ke Atletico Madrid untuk seketika sebelum dipinjamkan ke Southampton dan kini Toby Alderweireld bermain untuk Tottenham Hotspurs sejak tahun 2015 lagi.

Baru berusia 25 tahun dan bermain di posisi pertahanan tengah dan kadangkala boleh bermain di sebelah kanan. Walaupun bermain sebagai pertahanan, yang kita sedia maklum sering berdepan penyerang yang lincah dan memerlukan beliau beraksi cergas, ia sedikit pun tidak mengganggu bentuk rambutnya untuk bertahan sehingga tamat permainan. Rambutnya akan kekal sepertimana beliau masuk ke padang sehinggalah beliau keluar semula.

Pemain-pemain ini telah kami pilih berdasarkan gaya rambut mereka yang selalunya disikat dengan begitu rapi dan boleh bertahan lama semasa sedang beraksi. Andainya pilihan ini anda rasakan ada yang lebih baik, kami alu-alukan untuk anda tinggalkan nama pemain-pemain yang anda rasakan ada gaya sisiran rambut yang lebih cantik dan yang penting boleh bertahan lama dalam sesebuah perlawanan.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Mantap Lakonannya

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.