Rahsia Panjang Umur Bagi Lelaki Tertua Ini

Swami Sivananda, seorang lelaki yang berasal dari India, mengaku dia merupakan lelaki tertua di dunia dengan usia 120 tahun. Ia mengaku dirinya dilahirkan pada 18 Ogos 1896. Menginjak usianya yang sudah sangat tua, ramai yang ingin tahu rahsia panjang umur beliau.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah melakukan hubungan intim dan juga tidak pernah makan makanan pedas.

Sivananda sendiri berasal dari keluarga miskin di Kolkata. Namun semenjak dewasa, dia sudah tinggal di Varanasi. Dia mengaku sepanjang dia hidup dia sangat menjaga pola makanan yang sihat, sentiasa bersenam dan menjaga hasrat seksualnya. Dia juga mengaku jika seumur hidupnya dia tidak mengejar hal yang membuatkan dia tidak bahagia. Dengan hidup sederhana, dia mendapat ketenangan walaupun waktu sudah berlalu namun bagi Sivananda menganggap waktu yang dilakui seakan-akan sama sahaja.

Sivananda melanjutkan dia yang terlahir dari keluarga miskin, fikirannya sudah terlatih untuk tidak memiliki keinginan atau harapan besar dalam kehidupan. Yang difikirkan hanyalah bagaimana harus hidup dengan sihat dan damai, serta melihat orang sekelilingnya bahagia. Hingga usianya yang sudah lanjut hingga sekarang, dia masih lagi tidur beralaskan tikar mengkuang dan bantal yang diperbuat daripada batu-bata. Dia sudah mengunjungi tempat-tempat yang damai dan belajar rahsia untuk hidup lebih tenang.

Kerana usianya yang sudah lanjut, Sivananda telah dicatat sebagai lelaki dengan usia terlama yang masih hidup di Guinness World of Records. Dia menggantikan lelaki jepun, Jiroemon Kimura, lelaki yang meninggal dunia pada Jun 2013 dengan usia 116 tahun 54 hari.

Sumber: Dokter Sehat

BACA: SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *