Putera Arab Beli Tiket Penerbangan Untuk 80 Ekor burung Helang Miliknya

Memang ada kebenaran pepatah berkata haiwan peliharaan mendapat tempat tinggal yang selesa jauh beza dengan rata-rata manusia yang wujud di muka bumi ini.

Laman web Reddit berkongsi satu gambar yang sangat mengejutkan dan jarang sekali berlaku dengan satu kapal terbang pada hari isnin yang lalu dipenuhi dengan burung helang terbang mengembara dengan masing-masing mendapat satu tempat duduk sendiri.

 

“Kawan saya yang bekerja sebagai juruterbang di syarikat tersebut menghantar saya gambar ini,” kepsyen yang ditulis berbunyi seperti ini – ‘putera Arab Saudi membeli tiket untuk menempatkan 80 ekor burung helang ini. ‘

Ketika orang lain merasakan ada penumpang haiwan ikut sekali di atas kapal, seperti seekor itik yang emosi, beberapa barisan yang dipenuhi helang akan lagi membuatkan pelancong pening kepala.

Jika anda fikirkan gambar tersebut pelik bagi sesetengah orang, melihat burung helang di dalam kapal ketika anda berada di Asia Barat sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik. Seorang Redditor mengeluarkan kenyataan mungkin penerbangan ini bukan Qatar Airways bahagian ekonomi kerana hanya 6 ekor burung helang sahaja dibenarkan terbang setiap kali ketika berada di ekonomi kelas.

Seorang lagi Redditor telah berkongsi gambar ini empat tahun lepas, yang melihat keadaan hampir sama dengan di atas.

Ketika orang lain sibuk memperincikan burung helang sebagai tradisi turun temurun bagi mendapatkan keselesaan di Arab Saudi, namun beigtu masih tidak dapat disahkan mengapat mereka masih mahu membawa burung-burung itu masuk naik ke kapal.

Bertuah rasa jika kita menjadi seperti burung helang itu, sudahlah binatang, dilayan pula seperti manusia, anda boleh komen di bawah!

BACA: Air Asia X Diberi Izin Terbang ke US

Sumber: Mashable

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *