Program Gap Year di Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam beberapa usul telah memperkenalkan satu program untuk mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Program Gap Year merupakan program perintis yang dijangka bermula pada September tahun ini.

Dua universiti yang akan mendahului universiti-universiti yang lain dalam mengendalikan program ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Program Gap Year ini?

Kredit : Afterschool

Program Gap Year adalah satu program yang membolehkan para penuntut universiti awam yang mahu mengambil ‘cuti’ setahun daripada tempoh pengajian.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk bekerja secara sementara dalam bidang yang diminati atau menjalankan aktiviti kesukarelawan atau menceburkan diri dalam program-program yang mengasah bakat terpendam dalam kalangan para pelajar.

Para pelajar boleh juga mengikuti kursus-kursus kemahiran untuk mempersiapkan diri bagi alam pekerjaan mahupun perniagaan.

Kredit : Afterschool

Ada juga para pelajar yang bercadang untuk berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Dengan pelaksanaan Program Gap Year ini membolehkan para pelajar untuk berbakti kepada masyarakat dan mengumpul pengalaman yang nanti akan menambah nilai mandiri seseorang pelajar.

Program yang diambil contoh dari pelaksanaan di United Kingdom pada tahun 1970 ini bakal dilaksanakan oleh 8 buah university di seluruh Malaysia. Untuk permulaan, dua buah university yang akan menjadi perintis terlebih dahulu.

Jika diteliti, program seperti ini telah dilaksanakan di seluruh dunia. Di United Kingdom, program ini diberi masa cuti panjang antara 7-8 bulan. Di Malaysia, tempohnya adalah setahun. Konsep dan tujuannya sama. Pelajar sendirilah yang menentukan apa yang ingin dilakukan pada tempoh tersebut.

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk memastikan Gap Year ini menjadi tempoh masa yang berguna dan tak dibazirkan :

  • Perlunya ada perancangan teliti.

Sebelum memohon program Gap Year, anda perlulah mempunyayi perancangan yang teliti. Rangka perancangan untuk tempoh masa setahun.

  • Buat satu list institusi yang anda berminat mahu ceburi.

Saya berikan contoh institusi yang menawarkan latihan kemahiran dan yang memberi anda peluang untuk menjadi sukarelawan.

Institusi Latihan Perindustrian

Giat Mara

Jabatan Pembangunan Manusia

Pusat Latihan Pengajar

Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Kursus Kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan

Institut Kemahian Belia Negara

Akademik Kemahiran Belia Golf

Zoo Negara

Muslim Volunteer Malaysia

  • Cari kerja sebelum diluluskan permohonan Gap Year

Jika anda mahu memenuhi tempoh masa Gap Year dengan bekerja, maka anda perlu memastikan permohonan kerja perlu dihantar dengan secepat yang mungkin. Ini bagi memastikan masa tidak terbuang dan anda tidak mudah berasa selesa.

Kredit : Google

Kelebihan Gap Year ini termasuklah memperolehi pengalaman bekerja, menjadi sukarelawan yang berbakti kepada masyarakat, belajar erti kelangsungan hidup melalui pengembaraan, berkhidmat untuk negara dan mengasah kemahiran dengan beberapa latihan kemahiran.

Tuntasnya, setiap keputusan yang dibuat, baik dan buruk keputusan itu bergantung kepada diri kita sendiri dalam mencorakkannya.

Baca lagi : Ayam Goreng McDonald Laris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *