Aplikasi Prisma Gegarkan Dunia Fotografi Anda

Kredit foto: www.stuff.tv

Jika sebelum ini ramai orang begitu teruja dengan kemunculan Pokemon Go dalam pasaran sehinggakan semua orang sibuk berbual mengenainya, kini muncul satu lagi aplikasi yang bakal menjadi fenomena khasnya untuk mereka yang gemar mengambil dan mengedit gambar iaitu aplikasi Prisma.

Prisma bukan satu aplikasi mengedit gambar yang selalu digunakan di dalam smartphone anda. Ia lebih daripada sekadar mengedit. Setiap gambar yang ambil, apabila diedit menggunakan Prisma, gambar anda akan dilukiskan semula menggunakan mana-mana 29 gaya yang anda mahukan.

Untuk menggunakan Prisma, anda perlu memastikan smartphone anda sudah dihubungkan dengan internet supaya penjanaan gambar mengikut gaya yang anda mahukan dapat dilakukan.

Aplikasi Prisma mula dilancarkan pada 10 Jun 2016 di mana Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang dapat menggunakan aplikasi ini. Pada ketika itu, aplikasi ini hanya dapat digunakan dalam smartphone Apple sahaja. Pada 12 Jun pula, aplikasi ini dilancarkan pula untuk smartphone yang menggunakan perisian android.

Pencipta Prisma ialah Alexey Moiseenkov yang berasal dari Moscow, Rusia. Beliau baru berusia 25 tahun dan mula menghasilkan Prisma hanya sebagai hobi sewaktu bekerja sebagai pengurus produk di pasaraya gergasi Rusia iaitu Mail.Ru. Dikatakan, Alexey Moiseenkov mungkin tidak akan memegang hakmilik Prisma ini selama-lamanya kerana beliau bercita-cita untuk menjualnya kepada syarikat lain, mungkin kepada Facebook ataupun Snapchat.

Jom kita tengok beberapa gambar yang diedit menggunakan aplikasi Prisma ini.

Kredit foto. www.telegraph.co.uk

 

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

 

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

 

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

 

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

Jadi bagaimana perasaan anda selepas melihat gambar-gambar yang diedit menggunakan aplikasi Prisma ini? Seronok? Teruja? Jika anda mempunyai skil yang baik apabila mengambil gambar, jangan sia-siakan bakat anda dengan tidak memuat turun aplikasi ini. Saiznya tidak sebesar mana pun, hanya lebih kurang 7MB sahaja. Yang penting semasa nak mengedit gambar anda, pastikan smartphone anda sudah dihubungkan dengan internet. Prisma didatangkan dengan pelbagai gaya mengedit, pastikan anda eksperimen semuanya agar dapat menghasilkan gambar yang menarik.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *