Power Rangers, Kembalikan Nostalgia Ketika Zaman Kecil

Siapa yang tidak mengenali kisah lima orang pendekar yanglengkap dengan sut mereka serta memiliki alat tunggangan robotik mereka sendiri dalam usaha untuk menewaskan penjahat yang ingin menguasai bumi.

Power Rangers yang bersiaran hampir 8 tahun di kaca televisyen telah sinonim dengan dunia kanak-kanak kita dahulu kerana ia sering menghiasi slot yang bersuaran setiap pukul 7 malam sebelum ia digantikan dengan kartun lain.

Gambar hiasan: Power Rangers Movie

Lapan kali pelakonnya digantikan kerana pelbagai alasan dan lapan kali juga ia tetap berjaya meneruskan legasi kesatriaan yang diminati ramai itu.

Di samping itu ia turut memaparkan latar belakang dunia kolej dan bagaimana mereka bergelut dalam usaha untuk mengimbangi dunia realiti dan dunia Rangers mereka.

Gambar hiasan: Saban

Kini dengan kemunculan semula filem Power Rangers versi 2017, ternyata ia membawa kita untuk kembali mengimbau dunia kanak-kanak yang telah begitu lama kita tinggalkan dan walaupun tanpa kelibat yang kita kenali, ia masih sesuatu yang menarik untuk ditonton.

Ia juga sebagai salah satu cara untuk kita membawa anak-anak kita turut turut sama-sama teruja dengan apa yang pernah kita minati dan gilai ketika kita seusia dengan mereka dahulu. Filem ini sesuai untuk ditonton seisi keluarga kerana ia memaparkan apa yang pernah kita nikmati dahulu.

Gambar hiasan: Den Of Geek

Jalan ceritanya kali ini digarap sesuai dengan zaman di mana kita berada sekarang ini dengan menggunakan formulasi rekabentuk karakter yang lebih menarik serta penggunaan teknologi yang jauh lebih canggih.

Namun ia masih mengekalkan nuansa yang pernah sebati dengan jiwa ramai orang pada suatu ketika dahulu dan ia mampu untuk menarik semula minat ramai orang untuk kembali menikmatinya semula.

Baca lagi: Antara 5 Lelaki Kacak Di Benua Asia Dengan Raut Wajah Yang Unik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *