Populariti Mendadak Kumpulan Kpop BTS, Tahun 2016 Penuh Makna

Generasi  bintang K-Pop yang diramalkan benar-benar bakal mewarnai tahun 2017 sudah pun berjaya dibuktikan. Dan nama Bangtan Boys kini disebut-sebut sebagai antara kumpulan yang bakal bersinar paling terang semenjak tahun 2016 lagi.

Ternyata usaha keras mereka dalam penghasilan album dan koreografi terbaru untuk “Blood, Sweat and Tears” melalui album “Wings” telah berjaya melonjakkan nama mereka ke suatu tahap yang benar-benar selesa dan membanggakan setelah berhempas pulas hampir beberapa tahun untuk menempatkan diri dalam industri.

Gambar hiasan: Twenty2 Blog

Malah melalui kemunculan BTS ini dengan album “Wings” dan single hit mereka “Blood, Sweat and Tears” mereka berjaya menguasai beberapa carta muzik antarabangsa pada kedudukan teratas mengalahkan pemuzik-pemuzik lain dari Amerika.

Kumpulan yang terdiri daripada tujuh lelaki muda yang tampan tersebut terdiri dari Jungkook, Rapmonsta, V, Suga, Jimin dan Jhope berhasil mempersembahkan karya yang bermutu, melebihi dari yang lain. Ramai yang berpendapat bahawa tahun 2016 dan 2017 ini akan menjadi detik yang tepat bagi BTS untuk membangunkan karier mereka.

Gambar hiasan: EverAfterGuide.com

Tahun 2016 telah menjadi titik awal yang membanggakan untuk BTS. Dengan penampilan mereka yang luar biasa dan fandom mereka yang cukup hebat, BTS berkebolehan untuk menguasai dunia muzik Kpop dengan memberikan pengaruh yang cukup kuat dalam industri muzik Korea.

Ini terbukti dengan kejayaan mereka meraih kemenangan yang besar melalui kebanyakan anugerah muzik berprestij di dalam dan di luar negara malah hasil terbaru mereka iaitu “Wings” juga diiktiraf sebagai album terbaik dalam carta antarabangsa.

Gambar hiasan: Bangtan UK

Pembukaan tahun 2016 sebelum ini bermula dengan sangat baik apabila BTS terlihat cukup memuaskan dengan kehadiran karya-karya barunya, seperti Run yang meraih hasil positif di carta dan penjualan. Pada separuh kedua 2016 pula BTS meletup dengan “Blood, Sweat and Tears” sehingga meletakkan mereka mengatasi kumpulan popular lain seperti Shinee, Big Bang dan EXO.

Bangtan Boys mampu sahaja untuk menjadi ancaman terbesar untuk kumpulan muzik senior lain seperti EXO dan BigBang. Seiring dengan jumlah pemnat mereka yang makin bertambah, mereka tentu berusaha untuk meningkatkan kualiti mereka dan menjadi antara kumpulan muzik teratas di dalam industri K-Pop.

Baca Lagi: Apa Yang Pelakon Asal Mighty Morphin Power Rangers Lakukan Sekarang Ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *