Kisah Bagaimana Pokemon Go Membantu Membina Hubungan Persahabatan

Walaupun aplikasi permainan Pokemon Go belum lagi masuk ke dalam Malaysia, tetapi permainan ini telah menjadi fenomena di seluruh dunia. Di Youtube sahaja, sudah ramai orang berkongsi video mereka bermain permainan ini. Cuma kita yang di Malaysia ini belum lagi dapat merasainya. Huhuhu.

Sumber gambar: www.pokemon.com

Disebabkan permainan ini telah menjadi fenomena, beberapa orang pemain Pokemon Go telah berkongsi cerita mereka tentang apa yang berlaku semasa bermain permainan ini. Jadi, penulis telah memilih satu kisah yang dirasakan menarik untuk dikongsikan bersama anda.

Melalui cerita yang bakal disampaikan ini, apa yang hendak ditunjukkan ialah bagaimana Pokemon Go ini boleh membantu kita menjalin hubungan silaturrahim dengan baik walaupun kita baru sahaja kenal mengenali antara satu sama lain.

Jom kita baca kisah persahabatan pemain-pemain Pokemon Go ini.

Pokemon, Orang Asing dan Polis

Pemain Pokemon Go ini telah berkongsi pengalamannya di dalam sebuah forum dan ini adalah ceritanya:

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi dan saya masih tidak boleh tidur lagi. Jadi, saya memutuskan untuk keluar rumah dan mencari pokemon.

Sumber gambar: plus.google.com

Tidak jauh dari rumah saya, aplikasi Pokemon Go dalam telefon pintar saya dapat mengesan satu kawasan taman yang telah dijadikan lokasi pokestops dan pokegym. Jadi, saya telah berhenti dan mencari pokemon di situ.

Saya berjalan-jalan di sekitar taman itu, meredah rumput tinggi dan kemudian bergerak beberapa blok lebih jauh dari rumah saya untuk mencari pokemon. Semasa saya sedang sibuk mencari tiba-tiba, terdengar suara orang memanggil saya.

“Hei!” Saya pusing ke belakang dan ternampak dua lelaki Afrika-Amerika melambai-lambai ke arah saya. Kemudian, salah seorang daripada lelaki itu bersuara, “Cuba cari di sekitar trak di depan sana. Kami ada berjumpa pokemon Onyx di situ.”

Sumber gambar: www.thewrap.com

Tanpa membuang, saya terus berjalan ke arah trak yang disebutkan. Selepas beberapa ketika, sememangnya ada pokemon Onyx di situ! Kemudian, saya pun berjalan ke arah dua lelaki Afrika-Amerika itu dan berterima kasih kepada mereka.

Saya berbual dengan mereka dan memberitahu di mana saya temui pokemon Evee. Mereka juga telah mengajak saya menyertai Red Team mereka apabila permainan Pokemon Go saya sudah mencapai level 5.

Tiba-tiba, polis muncul di hadapan kami dan mula menyoal siasat kami.

Keadaan menjadi sedikit cemas kerana pihak polis mengesyaki kami melakukan urusniaga dadah pada waktu begini. Agak sukar sebenarnya untuk meyakinkan dia bahawa kami hanya bermain Pokemon Go.

Namun begitu, selepas beberapa ketika menjelaskan dan menunjukkan permainan Pokemon Go, barulah polis itu mempercayai kami.

Sumber gambar: www.forbes.com

Cuma, yang mengejutkan kami ialah, polis tersebut terus memuat turun permainan Pokemon Go di telefon pintarnya dan meminta kami mengajarnya cara bermain. Pada saat itu saya merasakan, betapa bagusnya aplikasi ini kerana dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.

Sumber cerita: www.forbes.com

Penutup

Dengan adanya cerita-cerita seperti ini, ia dapat memberi impak yang positif kepada permainan Pokemon Go ini. Andainya selama ini orang ramai menyangka bahawa game akan menyebabkan manusia menjadi lebih renggang antara satu sama lain, permainan Pokemon Go telah membuktikan sebaliknya.

Walaubagaimanapun, pastikan kita menetapkan had apabila bermain game. Jangan terlalu ketagih kerana ia pasti akan membawa kemudaratan. Harap semua bersabar menanti kemasukan Pokemon Go secara rasmi di Malaysia ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.