Pokemon Go Telah Difatwakan Haram

Aplikasi permainan yang sedang hangat diperkatakan dan dimainkan oleh masyarakat seluruh dunia iaitu Pokemon Go telah difatwakan sebagai haram. Ini pastinya akan mengejutkan peminat-peminat permainan ini yang beragama Islam.

Menurut Sky News, Majlis Ulama’ di Arab Saudi telah bersepakat untuk mengatakan bahawa aplikasi permainan Pokemon Go ini adalah haram. Ini kerana, mereka bimbang bahawa umat Islam akan terpengaruh untuk menyembah selain daripada Allah.

Kredit foto: indianexpress.com

Sebelum ini, permainan Pokemon pernah difatwakan haram pada tahun 2001 di mana permainan ini dimainkan menggunakan kad. Kini, fatwa ini telah diperbaharui dan ia telah melibatkan aplikasi Pokemon Go.

Majlis Ulama’ di Arab Saudi turut mengatakan bahawa permainan ini haram kerana ia telah melanggar perintah Islam di mana ia menggalakkan perjudian dan juga telah menggunakan simbol agama Kristian dan juga Yahudi. Dikhuatiri, dengan simbol-simbol ini akan menyebabkan umat Islam terpengaruh dengan ajaran selain daripada Islam.

Kredit foto: www.thestar.com

Selain daripada itu, seorang pegawai daripada Al-Azhar, Mesir, Abbas Shummam mengatakan bahawa, pemain yang bermain permainan ini dibimbangi akan mengabaikan persekitaran mereka lalu mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Ini kerana, permainan Pokemon Go ini memerlukan kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menangkap makhluk-makhluk Pokemon. Jika terlalu asyik melihat telefon pintar untuk mencari pokemon, dikhuatiri akan berlaku kemalangan.

Di Amerika Syarikat baru-baru ini, dilaporkan bahawa seorang remaja telah ditembak mati apabila dia menceroboh kawasan kediaman seorang wanita semasa hendak mencari pokemon dalam permainan Pokemon Go.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.