(Bola Sepak) Paul Pogba Akhirnya Kembali Ke Manchester United

pogback

Setelah 4 tahun meninggalkan Old Trafford, bintang bola sepak Perancis, Paul Pogba akhirnya kembali ke Manchester United dengan rekod perpindahan termahal di dunia mengatasi yuran perpindahan Gareth Bale ke Real Madrid (86 juta Pound) iaitu berjumlah 89 juta pound.

Paul Pogba meninggalkan Juventus dan kembali ke M.U dengan gaji sebanyak 105 juta euro. Paul Pogba adalah pemain keempat yang dibeli oleh pengurus baru M.U, Jose Mourinho, selepas membeli Zlatan Ibrahimovic, Eric Bailly dan Henrikh Mkhitaryan.

Pogba telah meninggalkan M.U pada tahun 2012 di mana beliau telah dijual kepada Juventus dengan harga 1.5 juta pound. Paul Pogba mengatakan bahawa dia meninggalkan Manchester United kerana sewaktu M.U dikendalikan oleh Alex Ferguson, Pogba jarang diturunkan dan tidak dapat mempamerkan kehebatannya.

Pogba telah menyertai M.U pada usia 16 tahun dari kelab Le Havre. Tetapi beliau hanya mampu membuat beberapa kali kemunculan bersama M.U sebelum berpindah ke Juventus. Di Juventus, Paul Pogba telah menampilkan aksi cemerlang di mana beliau telah membantu Juventus menjuarai Serie A sebanyak 4 kali, 2 piala Italia dan 2 piala Itali Super Cup.

paul pogba akhirnya kembali ke manchester united

Kredit foro: Getty Images

Juventus sebenarnya agak keberatan untuk melepaskan Paul Pogba dan telah menawarkan kontrak baru tetapi telah ditolak oleh Pogba. Real Madrid juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Pogba. Walaubagaimanapun, Pogba telah memutuskan bahawa dia mahu kembali ke Old Trafford.

Jose Mourinho mengatakan bahawa Paul Pogba akan menjadi bintang M.U yang bersinar pada tahun-tahun mendatang ini. Selain itu, lagenda M.U, Ryan Giggs berpendapat bahawa Pogba adalah pemain yang mempunyai segala-galanya yang diperlukan oleh sebuah kelab. Namun begitu, terdapat juga bekas pemain M.U yang mempertikaikan tindakan kelab membeli Paul Pogba pada harga yang sangat mahal iaitu, Paul Scholes, kerana bagi Paul Scholes bayaran perpindahan yang mahal itu tidak setimpal dengan skil yang dimiliki Pogba.

Walaubagaimanapun, semoga dengan kehadiran pemain termahal di dunia ini, Paul Pogba, dapat membantu Manchester United memenangi lebih banyak piala pada musim 2016/2017 ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada Paul Pogba.

Sumber: BBC

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *