“Pirates Of The Caribbean” Tenggelamkan “Bay Watch”

“Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales” dengan mudah dan segera meraih posisi teratas box office dan berhasil menenggelamkan filem yang dinanti-nanti ramai iaitu “Bay Watch” di posisi ketiga.

Walt Disney mengatakan bahawa seri kelima dari franchise “Pirates of the Caribbean” ini telah meraih hampir 62.2 juta dolar AS dalam tiga hari penayangan di panggung.

Gambar hiasan: Ace Showbiz

Filem yang menghadirkan bintang utama Johnny Depp itu dijangkakan mampu untuk menghasilkan 76, juta dolar AS selama empat hari cuti umum pada akhir penggal ini.

Sementara itu, Baywatch, yang dibintangi Dwayne “The Rock” Johnson hanya mampu untuk menghasilkan 18.1 juta dolar AS. Padahal, pembiayaan untuk penerbitan filem yang juga dibintangi Zac Efron dan Priyanka Chopra itu menghabiskan hingga 69 juta dolar AS.

Gambar hiasan: Ace Showbiz

Lagipun zaman The Rock dan Zac Efron sudah berlalu dan Priyanka Chopra bukanlah siapa-siapa dalam industri Bollywood kerana kebanyakan filem lakonannya gagal mendapat sebarang kutipan yang membanggakan.

Pendapatan “Guardian of the Galaxy 2” pula kelihatan lebih baik di minggu ketiga dengan menambah 19.1 juta dolar AS.

Gambar hiasan: IMDB

Oleh itu ternyata Baywatch hanya memiliki hype yang agak tinggi berbanding penampilan pelakon yang kurang berkarisma. Siapakah mereka jika dibandingkan dengan Johnny Depp yang penuh dengan pelbagai karisma lakonan.

Berikut 10 filem yang masuk box office (dalam dolar AS):

  1. “Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales” – 62,2 juta
  2. “Guardians of the Galaxy Vol. 2” – 19.9 juta
  3. “Baywatch” – 18.1 juta
  4. “Alien: Covenant” – 10,5 juta
  5. “Everything, Everything” – 6.2 juta
  6. “Diary of a Wimpy Kid: The Long Haul” – 4,4 juta
  7. “Snatched” – 3,9 juta
  8. “King Arthur: Legend of the Sword” – 3,2 juta
  9. “The Boss Baby” – 1,7 juta
  10. “Beauty and the Beast (2017)” – 1,6 juta

Baca lagi: Dato Siti Nurhaliza Terpaksa Menyanyi Hang Pi Mana Ekoran Pahang Tewas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *