Pilihan Kasut Pada Musim Hujan

Berdekatan dengan garisan khatulistiwa, Malaysia menjadi sebuah negara yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun.

Pertukaran monsun barat daya dan timur laut menyebabkan kedudukan Malaysia yang berada hampir dengan Laut China Selatan turut terkesan.

Kebiasaannya pada penghujung sehingga awal tahun baharu, beberapa negeri akan mengalami musim bah berikutan hujan lebat sehingga adakalanya mengakibatkan banjir.

Justeru, pemilihan kasut yang bersesuaian perlu dititikberaktkan supaya ia tahan lebih lama, sekaligus memberikan keselesaan dalam setiap langkah si pemakai.

ads-gent-grooming

1.Selipar getah

Tidak diragui lagi, pilihan kasut yang paling sesuai pada musim hujan ialah selipar getah. Komposisi getah yang padat menyebabkan selipar mampu bertahan lebih lama biarpun terkena air dalam tempoh yang panjang. Malah, bahan cepat kering berbanding fabrik kanvas.

blogger-image-1322232694

                                                  Pemborong Kasut Kuala Lumpur

2. But getah

Siapa kata seseorang itu tidak boleh tampil bergaya apabila mengenakan but getah? Jika dahulu, penggunaan but getah lebih sinonim dengan pekerjaan bertani, kini ia telah mengalami inovasi fungsi, rekaan sama ada separas lutut atau betis serta corak luar.

Penggunaan material getah yang diakui mempunyai kuasa cengkaman kukuh sebagai asas buatan menyebabkan but jenis ini sesuai dijadikan teman semasa bercuti sekiranny tarikh itu jatuh pada musim hujan.

mbvvtz1408344945130

                                                           www.lightinthebox.com

3. Kasut kulit

Ya, anda tidak diperdaya an membacanya dengan tepat. Pernahkah anda mendengar bahawa jika ingin memakai seluar kulit yang sangat ketat, ia perlu disarung sewaktu mandi supaya ia boleh mengembang cantik mengikut bentuk kaki?

Demikian juga halnya dengan kasut kulit. Gunakan pada musim hujan sebagai alasan terbaik untuk membentuk acuan kasut mengikut bentuk kaki.

Mungkin ia akan basah dan lembab buat seketika, namun selepas dikeringkan sempurna, ia pasti menjadi sepasang kasut mahal yang ditempah khas mengikut bentuk dan saiz kaki anda.

doublemonks

                                                                               My Kedai Kasut

4. Sandal

Semakin banyak rekaan sandal getah yang bergaya boleh didapati dalam pasaran sekarang. Rekaan ranggi, keselesaan kaki yang maksimum dan cengkaman tapak yang kuat merupakan kelebihan yang ada pada sandal getah.

Malah ia juga tahan lama, tidak mudah rosak dan senang untuk dibersihkan.

Lebih menarik, pemakai masih boleh kelihatan bergaya sewaktu mengenakannya, tidak kira sewaktu musim hujan atau panas terik.

_32-1

                                                                               eBay

 

Sumber: Kosmo

BACA: Khidmat Spa Jejaka Gentlemen’s Tonic

Join us_New

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.