Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

Pemilihan kasut sesuai antara faktor penting dalam merealisasikan kejayaan sesuatu aktiviti seperti mendaki atau aktiviti air seperti berkayak dan menyelam skuba. Oleh itu tips Pilih kasut mendaki bersesuaian dikira amat berguna di saat ini.

Kasut berperanan menentukan sama ada seseorang itu berjaya dalam aktiviti yang disertai khususnya dalam aktiviti membabitkan cengkaman kedua-dua belah tapak kaki.

Di sini disertakan tip pilih kasut mendaki yang bersesuaian untuk anda.

Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

johnson_070715_0308_main

  1. Pastikan dahulu tempoh masa ia akan digunakan. Jika meredah hutan lipur sekitar dua hingga tiga jam, anda boleh memilih sandal sebagai alternatif. Namun, jika ia melibatkan pergerakan yang agak lama iaitu lebih enam jam, sebaiknya anda memakai kasut.
Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

www.extremeiceland.is2.

2. Pastikan anda memilih saiz yang berpadanan. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat. Anggarkan lebihan sebaiknya setengah sentimeter (SM) selepas memakai stokin bagi memberi ruang untuk membuat regangan kaki.

ads-facial-bar

Kasut yang muat pasti menjanjikan langkah yang baik semasa berjalan. Namun perlu diingatkan bahawa rekreasi luar selalunya melibatkan perjalanan yang jauh dan mencabar. Jika terlalu ketat, ia akan menyebabkan jari anda melecet dan kuku kaki tercabut manakala jika terlalu longgar pula, pasti kaki melecet sehingga menjejaskan kelancaran aktiviti.

Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

3. Kasut mestilah jenis yang mempunyai sokongan pada bahagian buku lali atau perlindugan pada pergelangan kaki menutupi buku lali. Kasut jenis ini membantu mengurangkan risiko terseliuh pergelangan kaki.

Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

diamantinamountains.com

4. Pastikan ianya mempunyai tapak yang tebal dan ke dalam tapak antara satu hingga dua sentimeter.

Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

www.prevention.com

5. Tapak terbaik mempunyai corak yang berlawanan arah kerana tapak jenis ini memudahkan proses pendakian dan penurunan, mempunyai cengkaman yang amat baik serta amat efektif untuk membrek apabila bergerak dengan laju.

Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

indefinitelywild.gizmodo.com

ads-beard-oil

6. Pastikan meneliti kekemasan sulaman ikatan dan jenis benang ketika membeli kasut. Jahitan keliling tapak adalah yang paling penting dan tahan lama.  Kini, produk negara Eropah mula menggunakan sistem plastic injection iaitu tapak dicantum sekali dalam proses pembuatan kasut. Harganya lebih mahal berbanding kasut lain yang terdapat dalam pasaran.

Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

7. Material kasut yang terbaik ialah kulit kerana ia lebih tahan lama serta kalis air. Namun, harganya lebih mahal dan jika tidak dijaga rapi ia akan mudah berbau. Material yang terbaik buat masa kini adalah jenis “Gore -Tex” dan “Cordura”. Selain tahan lasak, ia juga lebih cepat kering dan dapat mengekalkan kedinginan suhu dalam kasut. Paling penting, ia mampu meminimakan kemasukan air.

Pilih Kasut Mendaki Bersesuaian

www.fitnessfinest.com

BACA: Selebriti & Bisnes Fesyen

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.