Persediaan Sebelum Memulakan Larian Pertama Anda

Hampir setiap minggu, ada sahaja acara larian yang diadakan di kota-kota besar di Malaysia, terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Ada acara Fun Run untuk jarak 3 atau 5 kilometer, dan ada juga sejauh 10 kilometer. Untuk acara yang lebih besar dan menarik perhatian ramai, tentu sahaja acara marathon. Jarak untuk Full Marathon ialah 42.195 kilometer, manakala Half Marathon ialah 21 kilometer.

Melihat kemeriahan acara ini saban minggu, ditambah lagi dengan perkongsian di media sosial oleh rakan-rakan yang turut menyertai acara ini, membuatkan kita bersemangat untuk turut serta.

Bagus! Jangan bertangguh. Aktiviti sihat sebegini, harus dimulakan sekarang.

Tapi, nanti dulu. Jangan biarkan semangat yang sedang membuak-buak itu menyebabkan kita mengambil mudah tentang hal persediaan sebelum berlari.

Mari kita lihat satu persatu apa yang perlu kita ada.

 

 

Keadaan Tubuh Badan Yang Mengizinkan

Medical Checkup

Sumber gambar: http://www.today.com/health/first-car-or-doctor-checkup-which-do-men-remember-best-t24951

Pertama sekali, kita perlu tahu keadaan tubuh badan sendiri. Ini wajib. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, boleh saja terus mulakan. Sebaliknya bagi mereka yang ada masalah kesihatan, sebaiknya rujuk terlebih dahulu dengan doktor dan dapatkan nasihat.

 

Baju

Running Singlet

Sumber gambar: http://www.shoesadidasoutlet.com/

Jangan gunakan baju cotton! Baju kapas tidak sesuai untuk aktiviti yang melibatkan pengeluaran peluh. Baju akan menjadi berat, kepam dan badan tidak dapat “bernafas”. Ini tidak bagus kerana peluh perlu disingkir dari badan sesegera mungkin. Dapatkan sehelai baju yang bersesuaian di kedai sukan. Harganya sekitar RM20 – RM50, bergantung kepada kualiti dan jenama.

 

Seluar

Running Compassion Thights

Sumber gambar: http://www.sportune.fr/

Mungkin ada sedikit kelonggaran dari segi pemilihan seluar, yakni panjang atau pendek. Bergantung kepada keselesaan masing-masing. Seperti baju, dapatkan seluar yang ringan, tidak menyerap peluh dan cepat kering. Atau, seluar thights/compression juga boleh digunakan. Seluar ini direka untuk membantu penggunaan otot yang lebih efisyen semasa berlari, dan mengurangkan rasa penat. Sehelai seluar sukan berharga sekitar RM 30 – RM 100. Untuk compression, harganya boleh mencecah sehingga RM 300 atau lebih.

 

Kasut

Running Shoes

Sumber gambar: http://www.eye-sky.it/

Ini wajib. Tidak ada pilihan. Berlari menggunakan selipar adalah perkara yang sangat derhaka. Jangan ketawa, kerana ini memang berlaku. Kasut adalah perkara yang paling perlu diutamakan berbanding yang lain. Sekiranya kurang pasti, pergi dapatkan nasihat di kedai-kedai kasut sukan yang berhampiran. Selalunya mereka menyediakan peralatan untuk menguji kesesuaian kaki berdasarkan cara larian, ukuran dan pelbagai faktor lagi.

Harga kasut yang berkualiti memang agak mahal. Tetapi percayalah, ianya satu pelaburan yang berbaloi. Kasut yang baik dapat melindungi kaki daripada kecederaan, terutamanya untuk jangakamasa panjang.

Sepasang kasut yang baik, berharga dari RM250 ke atas.

 

Stokin

Anti-blister Socks

Sumber gambar: https://thehelpfulhiker.com

Seperti baju dan seluar, stokin kapas juga kurang sesuai. Sekiranya basah (akibat peluh atau terpijak lopak air), kaki akan mudah melecet. Dapatkan stokin anti-blister, yang berharga sekitar RM 30 – RM 60.

 

Sebagai kesimpulan, senarai ini adalah lima perkara asas yang perlu ada sebelum memulakan larian pertama. Ada lagi beberapa perkara yang perlu diambilkira, tetapi lima item yang dikongsikan ini sudah memadai untuk permulaan. Jadi, mari kita semak perbelanjaan permulaan untuk aktiviti sihat ini;

PERALATAN HARGA (RM)
Baju 25.00
Seluar Tracksuit 70.00
Kasut 300.00
Stokin 30.00
TOTAL 425.00

 

Jumlah di atas hanyalah anggaran. Harga sebenar mungkin lebih murah, atau mungkin juga lebih tinggi. Pokok pangkalnya, ini adalah untuk kebaikan sendiri. Lagipun, setiap barang ini boleh digunapakai untuk tempoh yang lama. Jadi ianya satu pelaburan yang berbaloi.

Jom! Jangan bertangguh lagi.

Ke garisan, sedia, mula!

Sumber gambar: http://www.sneakersadidas.com/

BACA: 15 Cara Untuk Tingkatkan Prestasi Larian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.