Pernahkah anda terfikir mengapa rambut semakin lama semakin kering atau mulai tampak kusam dan bercabang di hujung?

Ataupun, anda sememangnya sedar bahawa rambut sudah mulai hilang kilauannya dan kurang lembapan. Semuanya berpunca daripada aktiviti rutin anda!

Sekiranya ia berlaku, inilah masanya untuk anda ‘detox’  atau merehatkan rambut seketika. Antara cara-cara untuk ‘detox’ rambut anda adalah seperti berikut:

• Jangan cuci rambut setiap hari, kerana ia akan  membuat rambut hilang lembapan semula jadi. Biarkan rambut tidak dicuci sekurang-kurangnya sehari bagi menggalakkan minyak semula jadi pada rambut melembapkan serta mengilatkan rambut dengan sendiri.

• Jika anda tidak biasa untuk membiarkan rambut tidak dicuci, cuba gayakan rambut dengan gaya sanggul atau ‘up do’. Ia akan membuatkan rambut anda lebih mudah terima lembapan dan juga selamat dari mengalami ‘bad hair day’. 

• Sewaktu mencuci rambut, urutkan kulit kepala anda perlahan-lahan untuk melancarkan perjalanan darah. Ia membantu sistem pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan lebat serta cepat panjang.

• Sekiranya rambut anda bercabang di hujung, inilah masanya anda mendapatkan khidmat pakar. Lakukan rawatan rambut yang ditawarkan oleh salun, kemudian amalkan membuat cream bath atau gunakan pupur rambut di rumah. Ini membantu mencipta rambut yang lebih sihat dengan memperbaiki serat rambut dan menghalang masalah rambut bercabang berulang.

• Rehatkan rambut daripada aktiviti dandanan seperti melurus, mengeriting mahupun meniup kering (blow dry). Jangan gunakannya setiap hari. Jika anda kurang yakin seandai tidak mendandannya walau sehari, itu bukan satu masalah. Cuba gayakan rambut stail ‘grungy’. Ia sememangnya gaya yang hangat musim ini. Cuma gunakan sedikit serum rambut bagi menyerlahkan tekstur dan kilauan rambut agar tampak sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *