Pernah Kena Bola Selaju 160 km/j? – Inilah 5 Pitchers MLB 2016 Yang Boleh Membuat Balingan Paling Laju

Bayangkan jika anda terkena bola yang dibaling dengan kelajuan 160 km/j, agak-agak apa yang terjadi kepada anda? Pengsan ke koma? Ataupun menggelupur di atas tanah menahan kesakitan?

Kami percaya, ramai yang tidak sanggup untuk merelakan badan mereka dikenakan dengan bola yang dibaling selaju itu. Sudah tentu ia sangat menyakitkan!

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 pembaling (pitcher) dalam Major League Baseball (MLB) yang mampu untuk membuat balingan melebihi kelajuan 160 km/j. Ini sudah tentu menjadi senjata utama kepada mereka untuk menggagalkan pemukul pasukan lawan untuk memukul bola kerana bola yang dibaling oleh mereka terlalu laju.

Jom kita lihat satu per satu 5 pembaling MLB 2016 yang boleh membuat balingan selaju 160 km/j ini.

Kredit foto: Baseball America

Kredit foto: Baseball America

Dellin Bettances, New York Yankees

Pemain yang bermain untuk New York Yankees ini mampu membuat balingan dengan kelajuan purata 156 km/j. Beliau dikatakan sering menggagalkan pemukul membuat pukulan semasa di 6th inning dan 7th inning. Balingan yang paling laju Dellin pernah buat ialah 162 km/j iaitu semasa perlawanan All-Stars MLB.

Kredit foto: Fox Sports

Kredit foto: Fox Sports

Noah Syndergaard, New York Mets

Baru berusia 23 tahun dan Noah adalah pemain ace untuk skuad New York Metz. Kelajuan purata balingannya boleh mencecah 158 km/j. Balingan beliau sememangnya menakutkan pihak lawan dan menyebabkan beliau turut digelar sebagai ‘Thor’. Balingan paling laju yang pernah beliau buat ialah 163 km/j.

Baca lagi: 5 Dunkers Terhebat Dalam Sejarah NBA Yang Anda Patut Tahu

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Fantasy Baseball Crackerjacks

Kredit foto: Fantasy Baseball Crackerjacks

Nathan Eovaldi, New York Yankees

Pembaling yang membaling bola menggunakan tangan kanan ini mampu membuat balingan dengan kelajuan purata 156 km/j. Sepanjang karier Nathan, balingan paling laju yang pernah dilakukannya adalah mencecah 164 km/j.

Kredit foto: Fox News Latino

Kredit foto: Fox News Latino

Mauricio Cabrera, Atlanta Braves

Pemain yang berasal daripada Dominican Republic dan baru berusia 22 tahun ini telah menunjukkan prestasi yang sangat baik walaupun ini adalah musim pertamanya bersama Atlanta Braves. Kelajuan purata balingan yang dibuat oleh Mauricio ialah 161 km/j manakala balingan paling laju yang pernah dilakukan oleh beliau telah mencecah 166 km/j.

Kredit foto: Chicago Tribune

Kredit foto: Chicago Tribune

Aroldis Chapman, New York Yankees

Pernah suatu ketika, pada bulan Julai tahun ini, Aroldis telah membuat 4 balingan yang mencecah kelajuan 167 km/j. Kelajuan balingan ini benar-benar mengagumkan para penonton dan pihak lawan waktu itu iaitu Baltimore Orioles. Satu lagi perkara menarik yang terjadi semasa perlawanan ini ialah, pada waktu 9th inning, Aroldis telah membuat balingannya yang paling laju dalam perlawanan ini di mana ia mencecah kelajuan 169 km/j!

Macam mana, laju tak balingan pembaling-pembaling MLB ni? Anda rasa, anda mampu tak membuat balingan selaju mereka?

Baca lagi: 5 Posisi Paling Susah Dalam Sukan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *