5 Sebab Mengapa Anda Perlu Menggunakan Pomade

Kredit foto: theidleman.com

Kredit foto: theidleman.com

Di dalam pasaran, terdapat banyak produk penggayaan rambut yang boleh digunakan untuk memastikan rambut anda sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan rapi agar kelihatan lebih terampil dan menarik.

Anda mungkin boleh gunakan krim, gel ataupun wax untuk mendapatkan kemasan rambut yang anda ingini. Walaubagaimanapun sekarang, sudah wujud satu lagi produk kemasan rambut yang boleh digunakan untuk penggayaan rambut iaitu pomade.

Pomade adalah produk penggayaan rambut yang pernah popular pada tahun 60-an dahulu. Namun begitu, sejak tahun 2010, pomade kembali menjadi produk penggayaan rambut yang popular. Kami di Mensive telah menyediakan 5 sebab mengapa anda perlu menggunakan pomade.

Kredit foto: www.coolmenhairstyles.com

Kredit foto: www.coolmenhairstyles.com

1. LEBIH KEMAS DAN RAPI

Pomade membantu menghasilkan gaya rambut yang lebih kemas dan rapi. Ia tidak seperti wax atau gel yang menyebabkan rambut jadi keras dan kasar. Walaupun anda menggunakan pomade jenis stronghold, rambut anda tetap terasa lembut dan mudah untuk disikat dan digayakan.

2. TAHAN LEBIH LAMA

Rambut yang menggunakan pomade akan tahan lebih lama walaupun sudah terkena air. Contohnya, bagi pengguna muslim, selepas mengambil wuduk untuk solat, anda boleh sikat semula rambut untuk mendapatkan gaya rambut yang diingini walaupun rambut anda basah.

Kredit foto: www.menforhimself.com

Kredit foto: www.menforhimself.com

3. WANGI

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan pomade adalah terdiri daripada bahan-bahan yang mewangikan rambut. Aroma yang wangi dan segar yang dihasilkan daripada rambut anda selepas memakai pomade pasti akan memberikan keselesaan kepada orang sekeliling.

4. MUDAH DIBASUH

Kebanyakan pomade sekarang adalah water-based. Ini bermakna, anda mudah untuk membasuh rambut anda dengan hanya menggunakan air. Tiada kesan berminyak yang akan ditinggalkan pada rambut dan kulit kepala kerana pomade yang anda pakai mudah dibersihkan.

5. HITAM DAN BERSINAR

Pomade juga membantu rambut anda untuk kelihatan hitam dan juga bersinar. Apatah lagi apabila rambut anda tersisir rapi, maka lebih terserlah kehitaman rambut anda dan makin bersinar.

Andainya anda tidak pernah menggunakan pomade ini, kami berharap dengan 5 sebab mengapa anda perlu menggunakan pomade ini akan menggalakkan anda mencuba pomade. Kami di Mensive turut menyediakan Mensive Pomade untuk anda yang berminat menggayakan rambut menggunakan pomade.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *