Perkara-Perkara Yang Sering Terjadi Setiap Kali Pergi Dan Pulang Dari Surau

Perkara ini tetu sekali sering terjadi di kalangan mereka yang tinggal di kampung setiap kali samada mereka ingin pergi ke masjid ataupun pulang dari surau. Ia sememangnya pengalaman yang sangat menarik untuk dijadikan kenangan ketika di ibu kota.

Ketika zaman kanak-kanak pula tentu lebih gamat terutamanya ketika menjelang bulan puasa dan Hari Raya maka akan lebih gamatlah sekitar jalan ke surau dengan telatah kanak-kanak dan remaja yang bermain hantu untuk menyakat budak perempuan.

Berikut adalah perkara-perkara yang sering terjadi setiap kali pergi atau pulang dari surau yang anda harus tahu dan amati.

Gambar hiasan: How To

1. Bermain Hantu

Remaja lelaki seringkali menjadikan ini sebagai alasan untuk mengenakan budak perempuan serta menyakat mereka hingga menangis. Selalunya mereka akan berpakaian serba putih menggunakan telekung ibu mereka dan keluar dari semak setelah ada sekumpulan budak perempuan melalui jalan tersebut.

Gambar hiasan: Film Stuff

2. Melalui Kubur

Kebanyakan rumah di kawasan perkampungan didirikan berhampiran ataupun melalui jalan tanah perkuburan. Oleh itu setiap kali ingin melalui jalan balik ke rumah tentu anda perlu melintasi kawasan tanah perkuburan. Mulalah masa itu bulu roma meremang dan enjin motor pun berhenti di tengah jalan.

Gambar hiasan: CBS Local

3. Kecurian Selipar

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan terutamanya di kalangan remaja dan kanak-kanak di kampung kerana ketika orang sedang sibuk solat berjemaah maka ketika itulah mereka akan sibuk diluar menyorokkan selipar mereka yang sedang bersolat di dalam. Maka setelah semua keluar dari surau itu akan hingar-bingarlah suasana sekitar dengan tempikan mereka yang kehilangan selipar.

Gambar hiasan: Peacebook

4. Mengintai Ruangan Wanita

Jangan kata budak-budak dekat kampung ini baik-baik belaka, sebab sekali mereka buat hal tentu sekali anda susah untuk menghadapinya. Ramai juga yang suka mengintai ruangan wanita kononnya hendak melihat teman wanita masing-masing. Dalam orang lain sedang sibuk buat kerja lain dia pun ada juga kerja lain yang dibuatnya.

Kehidupan di kampung sememangnya manis dengan pelbagai ragam dari anak muda. Telatah mereka yang sebenarnya memberikan hiburan kepada penduduk kampung maka anda pun perlulah sering pulang ke kampung untuk menjenguk tetangga anda.

Baca Lagi: Ini Yang Perlu Anda Ketahui Saat Menonton Konsert!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *