Perkara-Perkara Yang Menyekat Kejayaan Anda

Salon

Bagi seorang lelaki, kejayaan itu adalah simbol usaha yang tercapai. Mungkin usaha tersebut memakan bertahun-tahun baru boleh dikatakan berjaya. Mungkin usaha tersebut hanya mengambil waktu yang singkat. Namun tidak dinafikan kejayaan adalah saat manis dalam hidup seseorang. Tentunya kejayaan perlukan perancangan yang teliti dengan mengelakkan beberapa perkara.

Definisi kejayaan juga berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Ada yang meletakkan kejayaan pada wang ringgit. Ada yang melatakkan kejayaan dengan bilangan syarikat yang dimiliki atau bilangan rumah yang dimiliki. Bilangan isteri? Hmm..no komen.

Apapun yang kita letakkan, definisi haru jelas. Ini panduan paling baik yang menunjukkan sama ada anda sudah berjaya atau tidak. Letakkan definisi yang rasional dan boleh dikira. Tiada gunanya jika meletakkan definisi terlalu sukar sedang diri sendiri tahu yang apa yang ditetapkan itu adalah mustahil untuk dicapai. Hindarkan perkara-perkara ini untuk laluan lebih mudah ke arah kejayaan.

Inc

1. Televisyen

Ada sebabnya mengapa kotak kaca ini dinamakan idiot box. Membazirkan masa terlalu lama di hadapan televisyen boleh mewujudkan suasana yang negatif. Televisyen adalah komunikasi sehala yang memberikan kesan kepada pemikiran manusia. Tiada aktiviti interaktif yang berlaku. Televisyen juga adalah satu gangguan di mana kita akan terpaku pada skrin dan tidak akan membuat perkara lain yang lebih penting. Sedar-sedar banyak masa yang terbuang begitu sahaja. Ini satu pembaziran dalam hidup.

2. Kawan-Kawan Yang Negatif

Perkara-perkara negatif akan menarik seseorang ke bawah. Apatah lagi perkara-perkara itu boleh mempengaruhi kita. Kawan adalah entiti yang sangat berpengaruh. Jika kita mempunyai kawan-kawan yang sentiasa tidak bersemangat, hanya tahu lepak makan dan minum maka kurang-kurangkanglah bersama mereka. Golongan ini akan sangat besar pengaruh mereka terhadap kejayaan kita. Hadkan masa untuk bersama mereka dan usah terpengaruh dengan kata-kata dan tingkah laku mereka.

Good Therapy

3. Mahukan Kesempurnaan

Terima hakikat, tiada yang sempurna di dalam hidup. Mahukan kesempurnaan hanya akan melambatkan usaha untuk berjaya. Ia juga membuatkan ramai orang tidak mahu bekerja dengan kita. Faktor-faktor ini adalah faktor-faktor negatif yang menyekat untuk kita lebih berjaya.

Baca : Bagaimana Menguruskan Masa dengan 7 Tip Yang Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *