Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

be-cause-blog.com

Apa bahagian yang paling penting untuk mencukur? Razor.

Jawapan tersebut adalah salah.

Bagaimana cara untuk anda memperbaiki mutu mencukur anda tanpa menukar mata razor anda?

Dengan cara menukar tabiat harian anda..

Sistem yang mungkin anda tidak ambil berat.

Tabiat ini memerlukan kombinasi untuk anda mendapatkan cara yang benar-benar sesuai.

Sesuatu sistem itu dapat dilaksanakan dengan wujudnya perbuatan, untuk itu, ikuti 7 langkah mudah untuk anda mencukur dengan baik tanpa perlu anda menukar razor setiap kali mahu bercukur.

ads-gent-grooming

#1. Beri masa yang cukup untuk bercukur

Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

Essential Health

Di dunia perkara mencukur ini sudah lama dipraktikkan lagi dan untuk menjadi lebih kacak dan terurus anda memang disarankan untuk bercukur. Untuk menjadi kacak pastinya memerlukan ruang yang tenang.

Mencukur boleh menjadi seronok jika anda tahu bagaimana caranya.

Pastikan terap di dalam hati anda perlu bercukur dengan suasana yang tenang agar anda dapat nikmati proses tersebut.

Jika anda merasakan waktu pagi anda amat kelam kabut anda boleh tukar shift bercukur pada sebelah malam ataupun pilih hari yang anda betul-betul lapang untuk urusan mencukur.

Pastikan masa anda mencukur itu anda tidak kelam kabut dan dapat mencukur dengan keadaan tenang. Barulah anda dapat mencukur dengan efektif.

#2. Lembutkan rambut anda

Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

The Telegraph

Bagi anda yang ingin cara lebih mudah mencukur anda boleh cuba dengan mandi dahulu sebelum bercukur ini kerana dengan mandi anda dapat membuka pori-pori dan melembutkan kulit muka anda. Dengan itu anda akan menjadi lebih mudah untuk bercukur. Jika anda malas, anda boleh lap sahaja di tempat yang ingin anda cukur dengan air suam. Ataupun cuci dengan pencuci muka sehingga bersih.

#3. Gunakan produk mencukur jambang

Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

I Write Family

Pilih produk mencukur jambang yang mesra alam agar dapat melindungi kulit anda dari sebarang kecederaan ketika mencukur.

ads-beard-oil-with-azrel

#4. Tambah layer tambahan kedua

Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

Gentleman’s Gazette

Gunakan krim pencukur dengan berus yang berkualiti tinggi agar nanti tiada bintik-bintik kemerahan tumbuh di bahagian mencukur.

Berus yang terbaik adalah berus yang memiliki  follicles, yang mengeluarkan impak yang tebal dan mewah kepada berus.

#5. Mahir dengan teknik mencukur

Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

Wikiwand

Razor jenis apa yang sesuai dengan anda? Itu adalah tugas anda untuk menentukan. Eksperimen dengan pelbagai jenis had ketajaman untuk menentukan keserasian. Apa yang anda boleh perbaiki adalah teknik mencukur anda.

Tolak razor anda ke muka anda dengan rapat. Gunakan tekanan yang mencukupi bagi tujuan rambut anda dapat dicukur. Cukur gunakan ketajaman yang biasa agar dapat mengelak dari iritasi. Elakkan mencukur di bahagian yang sama lebih dari sekali.

#6.  Mencuci selepas bercukur

Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

Greatist

Gunakan air panas ke atas tempat yang dicukur agar dapat mengecilkan kembali pori-pori yang terbuka selepas mencukur. Pastikan keseimbangan suhu di dalam bilik dapat dikekalkan agar anda tidak mengalami alahan lain selepas mencukur. Cuci dengan air bersih agar sisa-sisa krim mencukur ataupun minyak yang digunakan tadi dapat dibersihkan.

#7. Sapu minyak penjagaan selepas mencukur

Perbaiki Razor Anda Tanpa Perlu Anda Menukarnya

YouTube

Untuk menamatkan proses mencukur anda boleh letak after – shaving balm yang akan memberi kesegaran dan memberi perlindungan pada kulit wajah yang masih baru dicukur.

Komen di bawah!

Sumber: Real Men Real Style

BACA: 7 Tips Yang Bagus Untuk Cukur Jambang

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.