Perangai Pelik Mereka Yang Genius Miliki Baju Yang Sedikit

Apa yang sama di antara genius dunia Zuckerburg, Christopher Nolan dan Karl Lagerfeld.

Mereka semua memakai uniform.

Apabila tiba kepada style, orang yang berjaya ni mahir 3 perkara

  1. Kesederhanaan
  2. Kawalan
  3. konsisten

A. J. Biddle mempunyai banyak duit tetapi mengapa dia memilih untuk memiliki almari yang sederhana.

Ketua memahami yang tenaga yang dapat dijimatkan ketika memilih pakaian dapat digunakan ke arah lain.

Oleh itu mereka boleh memikirkan tentang perkara lebih penting contohnya dunia dan bagaimana unuk berhubung di seluruh dunia.

Kita lihat contoh terbaik ketua ini bagaimana cara mereka menggunakan 24/7 di dalam mengecapi cita-cita.

Selain itu juga mari kita lihat bagaimana mereka mengawal mesej, memiliki ruang almari yang kecil dan juga konsisten.

Artikel ini akan memberitahu cara untuk mahir di dalam uniform.

ads-pomade_updated

  1. Kawal Apa yang anda ingin sampaikan

Kawal bermaksud anda mengetahui apa yang anda ingin sampaikan.

Apabila anda memikirkan tentang Steve Job apa yang mula sekali bermain di fikiran anda? Baju neck turtle, dan juga jeans. Selain itu juga dia kebiasaannya akan memakai kasut larian. Dia ingin sampaikan bahawa dia juga lelaki normal yang wujud di atas muka bumi ini.

Apabila anda terfikir tentang Mark Zuckerburg pasti anda terbayang cara dia berpakaian dengan selalu mengenakan tshirt bewarna grey. Mesej yang cuba disampaikan adalah dia merupakan lelaki komputer yang merupakan CEO kedua kepada Facebook. Semakin sedikit masa di ambil ketika melihat almari, lebih banyak tenaga dapat disalurkan kepada  syarikat yang dijalankan.

Kawal pesanan anda dengan memilih almari pakaian yang berkaitan.

Dengan memakai suit penuh dan juga kasut kulit melambangkan anda seorang yang berkuasa. Manakala dengan memakai tshirt dan juga jeans melambangkan anda seorang ahli perniagaan biasa dan juga seorang pelajar.

Pilih gaya yang anda ingin orang pandang, jika anda ingin kelihatan maskulin pilih pakaian yang berkot dan kemas, tetapi jika anda ingin kelihatan bijak, padankan cermin mata ke dalam gaya harian anda.

Perangai Pelik Mereka Yang Genius Miliki Baju Yang Sedikit

                                                                                        Wikipedia

2. Jimat masa

Terlalu banyak pilihan adalah memberangsangkan.

Setiap kali anda memandang ke arah almari pakaian anda yang penuh dengan pakaian anda akan dapat perasaan yang memberangsangkan sehingga menyebabkan tiada pakaian yang dapat dipadankan. Terlalu banyak pilihan boleh melumpuhkan pemikiran.

Mengemas almari pakaian anda dapat menjimatkan ruang dan juga membantu dari segi ekonomi.

Perkara yang paling memberikan ganjaran kepada anda adalah anda dapat menjimatkan masa dan tenaga setiap pagi. Pemilihan pakaian berlangsung dengan mudah kerana anda memiliki pakaian yang sedikit untuk dipilih.

Oleh disebabkan anda menyimpan pakaian yang paling baik sahaja di dalam almari anda tidak akan melakukan kesilapan.

Perangai Pelik Mereka Yang Genius Miliki Baju Yang Sedikit

                                                              Modern Gentleman Magazine

3. Jimat duit

Membuat almari pakaian yang mudah diganti memberikan anda ruang untuk mencipta lebih banyak pakaian dengan menggunakan barangan yang lebih kurang.

Sebagai keputusan jika anda memiliki pakaian yang sedikit di dalam almari anda akan ada lebih banyak masa untuk memikirkan pakaian apa yang sesuai. Oleh itu anda akan jimat duit dengan keadaan almari yang tidak berselerak.

Dengan mengekalkan almari pakaian yang mudah dikemudi anda akan dapat menyimpan lebih banyak wang, dari dibazirkan dengan membeli pakaian baru, duit tersebut boleh disimpan untuk dijadikan pelaburan satu masa nanti.

Perangai Pelik Mereka Yang Genius Miliki Baju Yang Sedikit

                                                                              Sputnik International

4.  Jimat tenaga mental

Satu kajian saintifik memberitahu yang orang bijak dan berjaya menjadikan rutin pakaian harian mereka sama setiap hari.

Memakai pakaian yang sama setiap hari dapat mengelakan mereka daripada kepenatan berfikir.

Presiden Obama hanya mengenakan pakaian bewarna kelabu dan biru. Beliau dapat menjimatkan masa untuk memilih kerana masih banyak lagi keputusan yang harus dibuat setiap hari.

Mark Zuckerberg juga menekankan untuk memakai pakaian yang sama setiap hari kerana tenaga yang dia ada untuk membantu komuniti dan itu terlihat dengan pakaiannya yang biasa.

Dengan keadaannya sekarang, dia telah memendekkan masa dari segi pemilihan pakaian setiap hari dengan memilih tshirt kelabu dan hanya berseluar jeans.

5. Meningkatkan daya pemikiran

Dengan penjimatan masa pemilihan pakaian seseorang itu dapat mengelakkan diri mereka dari berfikir terlalu lama untuk pemilihan baju.

Mereka juga dapat menjimatkan masa dan dapat mengurangkan risiko penyakit mental.

ads-body-soap

Perangai Pelik Mereka Yang Genius Miliki Baju Yang Sedikit

6. Hanya memiliki pakaian yang anda suka

Buang sahaja pakaian yang tidak kena dengan gaya anda, memiliki fabrik yang suram dan juga fesyen yang ketinggalan zaman.

Untuk kelihatan menarik, anda harus praktikkan beberapa tips ini agar anda kelihatan selesa dengan pakaian anda.

  • Memiliki pakaian yang mengikut sosok tubuh badan anda adalah amat disarankan, ini dapat memberikan anda keyakinan ketika memakai.
  • Adakah anda perlu memiliki 5 tshirt yang sama warna dan 4 jeans yang bewarna biru sama? Pilih salah satu yang terbaik dan buang selebihnya.
  • Kekalkan dengan barangan yang versatil, simpan jeans anda yang bewarna biru, baju anda yang bewarna putih kerana barangan tersebut dapat dipadankan dengan hampir kesemua barangan lain. Buang sahaja jaket kulit yang anda simpan selama 15 tahun dulu.
  • Adakah anda mempunyai kulit wajah yang kontra dengan baju? Pilih baju yang bewarna kontra dari kulit. Elakan pakaian yang membuatkan kulit anda kelihatan kusam.
  • Kualiti fabrik. Pilih kualiti fabrik yang anda rasa berbaloi untuk dimiliki.
  • Cara hidup. Simpan pakaian yang kena dengan mana-mana acara. Contohnya simpan suit anda kerana mana tahu anda diminta pergi ke majlis tari menari.
  • Keselesaan. Itu paling penting, simpan pakaian yang memberikan anda keselesaan.

Anda boleh komen di bawah jika ada sebarang perkongsian yang ingin dikongsi bersama pembaca Mensive yang lain.

BACA: 8 Panduan Rumahtangga Cara Rasulullah SAW Anda Mesti Amalkan

Join us_New

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *