Peralatan Untuk Lelaki Di Dalam Memastikan Rambut Sentiasa Sihat

Tidak mahu kalah di dalam mendandan, itulah lelaki di zaman moden ini. Sama naik dengan wanita, kalau wanita punya banyak produk bagi penjagaan rambut begitu juga lelaki sekarang yang sudah mendapat kesedaran untuk menjaga rambut.

Stail rambut kini punya gaya tersendiri dalam mencipta penampilan dan kemasan diri yang ikonik. Barangan terhangat menjadi seleksi trend semasa kala menstrukturkan stail rambut agar tampil bergaya.

Peralatan Untuk Lelaki Di Dalam Memastikan Rambut Sentiasa Sihat

www.pinterest.com

1. Pomade

Popular dalam kalangan produk rambut lelaki masa ini, pomade mempunyai dua jenis bahan asas iaitu  ‘oil base’ dan ‘water base’. Berasal daripada rumusan zat minyak dan lili yang mampu membuatkan rambut kekal kemas dan berkilau sepanjang hari. Meskipun harga pomade di dalam pasaran kini agak tinggi namun ramai lelaki lebih gemar memilihnya kerana mudah untuk menguruskan rambut. Stail rambut klasik dan hipster nyara sesuai menggunakan pomade.

Peralatan Untuk Lelaki Di Dalam Memastikan Rambut Sentiasa Sihat

ads-pomade_updated

 

2. Wax

Dihasilkan dari unsur wax atau lilin, penataan rambut akan menjadi lebih mudah dan boleh digayakan secara berulang kali. Tidak perlu jika anda ingin mengubah gaya kerana kelebihan wax yang fleksibel. Selain itu, Wax juga memperlihatkan kelembapan rambut selain daripada tidak meninggalkan kesan dan mudah untuk dibersihkan.

male-celebrity-hairstyle-leonardo-dicaprios-short-hairstyles-spiky-style-uPeralatan Untuk Lelaki Di Dalam Memastikan Rambut Sentiasa Sihat

hairsend.com

3. Hair spray

‘Styling agent’ yang kerap digunakan untuk membuatkan gaya rambut lebih tahan lama. Secara umumnya, spray rambut mengandungi bahal alkohol dan polimer yang hampir sama dengan bahan formula yang terkandung di dalam cat. Spray rambut lebih ringan dan mudah menghasilkan bentuk dan gaya rambut yang dihasilkan selain bersifat fleksibel, selesa, dan lebih cepat kering.

Peralatan Untuk Lelaki Di Dalam Memastikan Rambut Sentiasa Sihat

www.youtube.com

4. Serum

Produk berbentuk cairan yang digunakan dengan sapuan pada gaya rambut dan membentuk gaya rambut yang diinginkan. Tidak melekit dan mudah untuk dirapikan pada rambut, serum nyata dapat memberi kilauan dan mencipta impak kilauan pada rambut agar sentiasa tampil mempersona.

Peralatan Untuk Lelaki Di Dalam Memastikan Rambut Sentiasa Sihat

www.mensxp.com

ads-facial-bar

5. Sikat

Peralatan paling penting dalam merapikan rambut adalah sikat yang mempunyai pelbagai bentuk dan fungsi. Namun, kebanyakan lelaki kini lebih gemar menggunakan berus rambut yang berbentuk bulat dan menyeluruh kerana mudah untuk meluruskan rambut dan menguruskannya dengan sempurna.

Peralatan Untuk Lelaki Di Dalam Memastikan Rambut Sentiasa Sihat

www.cheatsheet.com

6. Hair dryer

Kebanyakan produk kemasan rambut lelaki memerlukan rambut sentiasa kering sebelum mengaplikasi produk. Oleh yang demikian, ‘hair dryer’ nyata antara peralatan terpenting untuk mengeringkan rambut selain digunakan untuk membuat ‘volume” pada rambut.

Peralatan Untuk Lelaki Di Dalam Memastikan Rambut Sentiasa Sihat

hair.stylizr.com

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.