‘Penyerang Perkahwinan’ Mencuri Wang, Memusnahkan Superbike dan Menyerang Pengantin Lelaki

 

 

Insiden di Gombak minggu lepas yang sempat dirakam dalam sebuah video, yang menunjukkan sekumpulan pemuda berkelakuan liar di luar dewan komuniti sewaktu pengantin lelaki dan yang lain cuba bercakap dengan mereka.

 

PETALING JAYA: Sebuah majlis perkahwinan di Gombak Sabtu lalu menjadi mimpi ngeri bagi sepasang pengantin baru apabila sekumpulan lelaki yang membawa parang menyerang majlis tersebut yang diadakan di sebuah dewan komuniti di Kuala Lumpur, dilaporkan New Straits Times.

Beberapa laporan polis telah dibuat atas kejadian yang dikatakan bermula kira-kira pukul 3.30 petang apabila lelaki-lelaki itu memasuki dewan komuniti Taman Melati Gombak, di mana perkahwinan tersebut berlangsung.

 

Klip video yang menunjukkan kekacauan dan pelakuan biadap “penyerang perkahwinan” itu telah menjadi tular di media sosial. Menurut pihak polis, pengantin lelaki memberitahu mereka bahawa lelaki-lelaki itu menuduhnya dan rakan-rakannya telah melakukan sesuatu terhadap motosikal mereka.

“Lelaki-lelaki itu kemudian melontar mercun ke dalam dewan dan masuk ke dalam dewan dengan parang,” katanya.

Kumpulan itu juga didakwa mengoyakkan pakaian pengantin lelaki dan mencuri duit sumbangan daripada para tetamu, sebelum memusnahkan superbike Honda yang telah disewa untuk hari besar itu.

Menurut akbar itu, YDH DSP Ramli Bin Kasa, Timbalan Ketua Polis Daerah (TKPD) Wangsa Maju berkata kejadian itu melibatkan 20 orang, dengan seorang lelaki berusia 32 tahun ditangkap pada hari yang sama.

“Kami sedang mengesan orang lain yang dipercayai terlibat.” katanya kepada NST, sambil menambah bahawa kes itu sedang disiasat.

Sumber: freemalaysiatoday

Baca lagi: Jangan Keterlaluan, Kata Model Shell

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *