Penyanyi Malaysia Dan Penyanyi Indonesia Deddy Dores Keluarkan Lagu Ketuhanan

Penyanyi asal Malaysia, Rahmad Mega, mengaku adalah peminat tegar Deddy Dores sejak kecil. Dia sering menyanyikan lagu-lagu pemuzik lagenda yang meninggal dunia pada tanggal 17 Mei 2016 itu.

Menurutnya, lagu ciptaan Deddy yang terkenal di Malaysia di antaranya adalah Mendung Tak Berarti Hujan, dan Jangan Pisahkan.

Gambar hiasan: Indosiar

“Itu adalah lagu yang sering saya nyanyikan saat off air ketika berada di Malaysia,” kata Rahmad kepada media, baru-baru ini.

Rahmad datang ke Indonesia awalnya dalam rangka kerja. Lalu dia mendapat tawaran dari seorang produser untuk menyampaikan duet dengan Deddy Dores.

Gambar hiasan: Indosiar

Dia tak menyangka bahawa karakter suaranya mirip dengan pemuzik yang berjasa melahirkan artis berbakat seperti Nike Ardila dan Nafa Urbach itu.

“Ada satu yang unik dalam penawaran duet ini, kerana saya harus duet dengan idola saya yang malangnya sudah tiada,” ujarnya.

Gambar hiasan: Indosiar

Rahmad dan Deddy berkolaborasi dalam sebuah lagu berjudul “Sajadah Ka’bah” yang bakal menemani sembilan lagu yang lainnya dalam album “Syair Syiar Cahaya.”

Sajadah Ka’bah sebuah lagu berkonsepkan ketuhanan tentang perjalanan haji. Rahmad mengaku mudah untuk menghayatinya kerana pengalaman itu pernah beliau jalani.

Baca lagi: 5 Penyebab Mengapa Anda Selalu ‘Broke’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *