(Bola Sepak) 5 Pengurus Kelab Bola Sepak EPL Yang Mendapat Bayaran Tertinggi

Liga Perdana Inggeris musim 2016/2017 akan bermula pada hujung minggu ini iaitu pada 13 Ogos 2016 di mana perlawanan pertama liga ini adalah di antara kelab Hull City menentang juara Liga Perdana Inggeris musim lepas iaitu Leceister City.

Untuk musim ini, kita bakal melihat pemain termahal di dunia iaitu Paul Pogba yang beraksi untuk Manchester United untuk menunjukkan sama ada beliau adalah pembelian yang berbaloi untuk M.U ataupun tidak dalam saingan Liga Perdana Inggeris kali ini.

Andainya kita selalu bercerita tentang pemain termahal dalam kelab bola sepak di Liga Perdana Inggeris ini, apa kata kali ini kita lihat pula 5 pengurus kelab bola sepak EPL yang mendapat bayaran tertinggi untuk mengendalikan kelab mereka.

5 pengurus kelab bola sepak EPL yang mendapat bayaran tertinggi

Kredit foto: www.mirror.co.uk

5. Antonio Conte – Pengurus Chelsea

Antonio Conte yang baru sahaja dilantik sebagai pengurus baru pasukan Chelsea berada di tempat ke 5 di mana beliau menerima bayaran sebanyak 6.5 juta pound (RM33.9 juta).

5 pengurus kelab bola sepak EPL yang mendapat bayaran tertinggi

Kredit foto: www.skysports.com

4. Jurgen Klopp – Pengurus Liverpool

Berada di tempat keempat dan beliau baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Liverpool di mana beliau akan mengendalikan Liverpool selama 6 tahun lagi. Beliau dibayar sebanyak 7.5 juta pound (RM39.1 juta).

5 pengurus kelab bola sepak EPL yang mendapat bayaran tertinggi

Kredit foto: montrealgazette.com

3. Arsene Wenger – Pengurus Arsenal

Arsene Wenger yang sudah mengendalikan Arsenal selama 20 tahun berada pada kedudukan ketiga dan Arsenal membayar beliau sebanyak 8.3 juta pound (RM43.3 juta).

Walaubagaimanapun, untuk tempat pertama telah dikongsi bersama oleh dua pengurus dari kelab yang mempunyai nama hampir sama iaitu:

5 pengurus kelab bola sepak EPL yang mendapat bayaran tertinggi

Kredit foto: www.skysports.com

2. Jose Mourinho – Pengurus Manchester United

Selepas meninggalkan Chelsea, beliau kini menjadi pengurus Manchester United menggantikan Louis Van Gaal. Baru sahaja mendapat pemain termahal dunia iaitu Paul Pogba dan M.U membayar beliau sebanyak 15 juta pound (RM78.3 juta) untuk mengendalikan kelab ini.

5 pengurus kelab bola sepak EPL yang mendapat bayaran tertinggi

Kredit foto: www.o-posts.com

1. Pep Guardiola – Pengurus Manchester City

Sesuai dengan kualiti yang dimiliki beliau di mana prestasi cemerlangnya bersama dengan Barcelona dan juga Bayern Munich menjadi kayu ukur untuk Manchester City membayar beliau dengan bayaran sebanyak 15 juta pound (RM78.3 juta).

Diharapkan agar 5 pengurus kelab bola sepak EPL yang mendapat bayaran tertinggi ini mampu menghasilkan pasukan bola sepak yang hebat agar kita semua sebagai peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris dapat menyaksikan permainan yang lebih menarik dan menghiburkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *