Pengguna Jalan Raya Di Selangor Kelak Boleh Membuat Laporan Jalan Berlubang Melalui Waze

Waze merupakan salah satu aplikasi popular yang digunakan untuk tujuan navigasi oleh kebanyakkan pengguna. Mengambil peluang kebolehan mengumpulkan data melaluinya, kelak pengguna di Selangor boleh melaporkan keadaan jalan berlubang kepada pihak berkuasa tempatan terus melalui aplikasi berkenaan.

waze-old

Melalui projek yang dijangka akan diumumkan secara rasmi pada 21 November kelak, enam majlis perbandaran dijangka menyertainya – termasuk Ampang Jaya (MPAJ), Kajang (MPKJ), Shah Alam (MBSA), Petaling Jaya (MBPJ). Untuk melaporkan, pengguna hanya perlu melakukan menggunakan aplikasi Waze, dan ia akan menyalurkannya terus kepada pihak berkuasa tempatan.

Buat masa ini, terdapat lebih kurang dua juta pengguna Waze di sekitar Lembah Klang, dan semestinya dengan integrasi ini ia akan memudahkan lagi pihak berkuasa tempatan mengenal-pasti jalan raya berlubang dan menurapnya secepat yang boleh.

Kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenai perkara ini pada 21 November 2016 ini.

ads-beard-oil-with-azrel

Sumber: Amanz

BACA: Amazon Merancang Untuk Memasuki Asia Tenggara – Bermula Dengan Singapura Pada Awal 2017

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *