Pendaki Tanpa Kaki Menawan Gunung Kinabalu

pendaki tanpa kaki menawan gunung kinabalu

Kredit foto: www.redbull.com

Adakah anda pernah berasa hendak putus asa kerana gagal mendapatkan apa yang diingini? Adakah kekecewaan menyebabkan anda tidak mahu lagi berusaha mengejar impian anda? Andainya anda pernah rasakan begini, kami berharap agar persepsi anda berubah selepas membaca kisah pendaki tanpa kaki menawan Gunung Kinabalu ini.

Di sebalik kekurangan yang dimiliki oleh lelaki ini, beliau berjaya mencapai apa yang orang dewasa normal sukar untuk lakukan. Pada waktu mereka yang memiliki tubuh badan normal tidak mahu melakukan seperti apa yang beliau buat, lelaki ini mengenepikan segala kesukaran yang dihadapi dan terus berusaha untuk mencapai matlamatnya.

Lelaki yang dimaksudkan ialah Hasrullah Azrulkhan, seorang lelaki kurang upaya yang tidak mempunyai kaki. Hasrullah baru berusia 24 tahun dan aktiviti kegemarannya ialah mendaki bukit dan gunung. Bukit Broga adalah lokasi pertama pendakiannya dan memerlukan beliau melakukan 3 kali percubaan untuk sampai ke puncak.

Hasrullah atau lebih dikenali sebagai Adam dikalangan rakan-rakannya mengatakan, beliau menjadi bersemangat untuk menakluki bukit-bukit dan gunung-ganang selepas ada sesetengah orang yang mengatakan mereka tidak percaya Adam dapat lakukannya. Maka dari situ, Adam mula mendaki malah mencabar dirinya untuk menawan puncak Gunung Kinabalu.

Jom kita ketahui apakah rahsia Adam untuk berjaya sebagai pendaki tanpa kaki menawan Gunung Kinabalu.

pendaki tanpa kaki menawan gunung kinabalu

Kredit foto: www.redbull.com

TIADA YANG MUSTAHIL

Tidak ada apa-apa yang mustahil untuk dicapai di dalam dunia ini. Asalkan ada kesungguhan dan semangat yang tinggi, segala impian pasti dapat dicapai. Seperti Adam, apabila ia kelihatan mustahil untuk beliau mendaki Gunung Kinabalu tanpa kaki, Adam mengenepikan segala perkara yang boleh membuatkannya berputus asa dan terus berusaha mendaki untuk sampai ke puncak.

TIADA PERALATAN TAPI SAYA OK

Adam meneruskan impiannya mendaki Gunung Kinabalu tanpa memiliki kelengkapan yang lengkap untuk seorang pendaki gunung. Pada saat ini, apa yang beliau perlukan hanyalah kesungguhan dan semangat sahaja. Kelengkapan mendaki gunung hanya disediakan untuk orang normal sahaja tetapi tiada untuk orang seperti Adam. Tetapi, Adam tidak menjadikan hal ini sebagai penghalang untuk menawan Gunung Kinabalu.

pendaki tanpa kaki menawan gunung kinabalu

Kredit foto: www.redbull.com

TAHU KEMAMPUAN DIRI

Walaupun Adam memiliki semangat dan kesungguhan yang tinggi, beliau tahu sampai mana kemampuannya. Sewaktu beliau tinggal lagi 1 kilometer untuk sampai ke Rumah Rehat Sayat-Sayat, penunjuk jalan Adam tidak membenarkan beliau meneruskan pendakian – kecuali dengan syarat, Adam akan didukung oleh penunjuk jalannya. Ini kerana, kabus akan muncul dan akan menyebabkan pendakian menjadi semakin sukar. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah lain berlaku, maka Adam benarkan penunjuk jalan mendukungnya.

KURANG UPAYA BUKANLAH ALASAN

Tiada apa yang dapat dikatakan oleh Adam apabila beliau sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Walaupun mempunyai kekurangan yang besar, tidak seperti orang normal yang lain, Adam membuktikan bahawa beliau berjaya sama seperti orang lain. Baginya, kekurangan anggota badan tidak patut dijadikan sebagai alasan untuk tidak berjaya mencapai impian. Untuk orang sepertinya, kesungguhan dan semangat yang tinggi adalah aset utama untuk Adam terus melangkah lebih jauh dan berjaya dalam hidupnya.

Selepas berjaya menawan Gunung Kinabalu, Adam mensasarkan untuk menawan Gunung Everest pula selepas ini. Walaupun Adam tahu pendakian di Gunung Everest lebih sukar dan memeritkan, itu tidak menghalangnya untuk mencapai impiannya. Kami di Mensive mendoakan agar Adam berjaya sampai ke puncak Gunung Everest suatu hari nanti.

Sumber: www.redbull.com/my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *