4 Cara Bagaimana Memilih Pencuci Muka Untuk Lelaki

Sebenarnya, adalah menjadi keperluan bagi para lelaki untuk mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Selepas seharian penat bekerja dan terdedah dengan udara kotor dan cuaca panas, muka haruslah dibersihkan dengan betul agar dapat membuang segala kekotoran yang boleh merosakkan kulit muka.

Mencuci muka dengan krim pencuci muka boleh membantu menyegarkan semula kulit muka di samping menghilangkan segala kekotoran yang terperangkap di dalam liang-liang kulit.

Walaubagaimanapun, jika tersalah memilih pencuci muka, mungkin akan menyebabkan kulit muka anda menjadi semakin teruk ataupun tiada sebarang kesan positif yang kelihatan di muka anda.

Untuk memastikan anda mendapat kesan yang baik, anda harus mengenali dahulu jenis-jenis kulit muka yang anda miliki sebelum membeli pencuci muka.

1. Kulit kering

Sumber gambar: pak101.com

Antara tanda-tanda kulit muka anda kering ialah memiliki kulit yang kasar, menggelupas, ada tanda-tanda kemerahan dan kulit terasa tegang setiap kali selepas mencuci muka.

Hal ini terjadi kerana badan anda tidak menghasilkan minyak yang secukupnya untuk melembapkan kulit muka. Oleh itu, anda mesti memilih pencuci muka yang mempunyai bahan seperti gliserin ataupun minyak zaitun. Gliserin berfungsi untuk menyerap air agar kulit muka sentiasa lembap.

Selain itu, pencuci muka yang digunakan mestilah tidak berbuih apabila mencuci muka anda.

2. Kulit berminyak

Sumber gambar: www,themotley.com

Tanda-tanda bahawa kulit anda berminyak ialah muka nampak berminyak, berkilat, lubang pori jelas kelihatan dan jerawat tumbuh secara kerap.

Kulit muka berminyak kerana badan anda menghasilkan terlalu banyak minyak dan ini menyebabkan ia mudah memerangkap debu-debu kotor yang menggalakkan jerawat untuk tumbuh. Punca kulit berminyak adalah seperti gemar makan makanan berminyak atau disebabkan keturunan.

Untuk atasi masalah ini, gunakan pencuci muka yang mempunyai bahan seperti witch hazel yang membantu mengawal penghasilan minyak di muka dan mengecilkan lubang pori di muka.

3. Kulit sensitif

Sumber gambar: www.menspher.com

Jika anda miliki kulit sensitif, antara tanda-tanda yang dapat dilihat ialah seperti kulit muka yang kemerah-merahan, gatal dan akan ada kesan terbakar apabila menggunakan pencuci muka yang tak sesuai.

Bagi anda yang memiliki kulit muka sensitif, adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan nasihat daripada pakar kulit muka sebelum menggunakan sebarang pencuci muka yang ada dalam pasaran agar kulit muka anda tidak bertambah teruk.

Walaubagaimanapun, menggunakan produk pencuci muka yang mempunyai bahan seperti aloe vera, chamomile dan vitamin E adalah sesuai untuk kulit yang sensitif.

4. Kulit normal

Sumber gambar: 123beautysolution.in

Bagi anda yang mempunyai kulit muka normal seperti tidak berminyak berlebihan, tidak kering dan tiada kemerah-merahan, anda adalah insan yang beruntung.

Menjaga kulit muka yang normal tidak sesukar menjaga kulit muka yang berminyak, kering mahupun sensitif. Namun begitu, apa yang penting kepada anda ialah elakkan menggunakan pencuci muka yang boleh menyebabkan kulit bertambah berminyak atau kering.

Gunakan pencuci muka yang berasaskan krim atau gel kerana ia membantu untuk memastikan kulit muka kita lembap tanpa penghasilan minyak di muka secara berlebihan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda membeli pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Dengan kulit muka yang bersih dan segar ia dapat membantu menambah keyakinan dalam diri dan menjalani kehidupan dengan penuh bermakna.

Join us_New

1 Comment

  1. Noriza Abdul Rahman

    April 27, 2017 at 3:40 PM

    Bagus info ni. Kaum lelaki yang jenis metroseksual memang mementingkan penjagaan muka yang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *