5 Tabiat Lelaki Yang Menjaga Penampilan Diri

Adakah anda biasa lihat lelaki-lelaki yang muncul di sekeliling anda nampak begitu kemas, bersih dan terampil? Pernahkah anda terfikir apakah rahsia mereka? Pernahkah anda tertanya-tanya apakah yang mereka lakukan agar penampilan diri mereka terjaga?

Untuk kali ini, kami di Mensive akan berkongsi dengan anda 5 tabiat lelaki yang menjaga penampilan diri mereka agar nampak menarik dan menawan untuk diri sendiri dan juga pada pandangan mata orang lain.

1. Memilih wangian yang sesuai

Kredit foto: www.mensxp.com

Lelaki yang menjaga penampilan diri ini mempunyai tabiat menggunakan wangian yang sesuai untuk badan mereka. Mereka akan berusaha sebaik mungkin dalam mencari wangian yang akan menyerlahkan bau wangi badan mereka. Jadi, mereka akan terus cuba dan mencuba sehingga mendapat wangian yang sesuai. Jika anda mahu sabun badan yang mampu mewangikan badan anda, bolehlah cuba Mensive Gentlemen Body Soap.

2. Menjaga kulit muka

Kredit foto: www.mensfitness.com

Selain memilih wangian yang sesuai, lelaki yang terampil begitu menitikberatkan kulit muka mereka. Mereka memiliki tabiat ini agar kulit muka mereka akan kelihatan bersih dan segar selalu walaupun sudah seharian bekerja. Mereka akan memilih produk pencuci muka dan pelembap yang sesuai untuk menjamin kebersihan dan kesegaran kulit muka.

3. Sentiasa up-to-date

Kredit foto: praetexto.com

Lelaki yang terampil ini juga mempunyai tabiat untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam keadaan semasa. Mereka akan cuba kenalpasti apakah trend atau fesyen terkini yang boleh mereka ikuti agar penampilan mereka nampak up-to-date. Jadi, tidak adalah mereka akan nampak seperti ketinggalan zaman, malah nampak bijak dalam mengikuti perubahan trend dan fesyen.

4. Ambil masa untuk bersiap

Kredit foto: theidleman.com

Lelaki yang gemar menjaga penampilan diri turut mempunyai satu tabiat di mana mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk bersiap. Bagi mereka, tidak guna jika berpakaian menarik, bergaya, tetapi kelumumur banyak kelihatan pada baju, ataupun bulu hidung terkeluar dari hidung dan mungkin juga ada cili pada gigi. Jadi, mereka akan pastikan diri mereka betul-betul bersih dan kemas, barulah mereka akan keluar berjumpa orang ramai.

5. Tiada tabiat buruk

Kredit foto: hypnosisworksforme.com

Lelaki yang terampil cukup prihatin tentang tabiat-tabiat buruk seperti merokok. Mereka tidak merokok kerana tahu ia akan membahayakan kesihatan malah boleh mengganggu penampilan diri seperti menyebabkan mulut berbau busuk dan kulit akan kelihatan kusam. Jadi, mereka akan mengelakkan daripada melakukan tabiat buruk agar dapat menjadi lelaki yang menarik dan menawan.

Jadi, sekarang anda sudah tahu 5 tabiat lelaki yang menjaga penampilan diri. Oleh itu, cuba semak sama ada anda memiliki 5 tabiat ini atau tidak. Jika ada, maka tahniah kami ucapkan. Jika tiada, apa kata anda cuba amalkan dan cuba lihat perubahan yang akan berlaku pada anda.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.