Kerajaan Mula Bertindak Untuk Pemeriksaan Imunisasi

Oleh kerana kes-kes yang melibatkan difteria menjadi semakin serius, kerajaan telah mula mengambil tindakan tegas dalam menangani masalah ini. Hal-hal kesihatan rakyat tidak boleh dipandang ringan dan langkah-langkah pencegahan harus diambil segera agar tidak berlaku masalah yang lebih besar.

Kredit foto: www.salon.com

Atas sebab inilah, kerajaan akan mula membuat pemeriksaan imunisasi di semua sekolah bermula bulan depan di mana ia akan melibatkan pelajar-pelajar Tahun 4 dan 5. Pelajar Tahun 6 tidak akan terlibat kerana mereka akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi dan tidak mahu mengganggu fokus mereka.

Apabila pemeriksaan ini diadakan kelak, andainya didapati ada pelajar yang belum mengambil suntikan vaksinasi, ibu bapa akan diarahkan untuk membawa anak-anak ke mana-mana klinik kerajaan untuk mendapatkan suntikan ini.

Kredit foto: www.says.com

Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengatakan bahawa, pihak kerajaan mensasarkan 500,000 orang pelajar akan terlibat dalam menjalankan pemeriksaan ini. Beliau juga berkata, tindakan ini penting dilakukan di sekolah kerana agak sukar untuk dibuat secara umum.

Tambahnya lagi, selepas ini, para ibu bapa perlu mengemukakan rekod imunisasi anak-anak mereka andainya mahu memulakan persekolahan nanti.

Memberi suntikan vaksinasi kepada anak-anak adalah sangat penting kerana ia dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti measles, tubercolosis, hepatitis B, meningitis dan pertussis.

Kredit foto: www.gpbestari.com

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, selain daripada membuat pemeriksaan imunisasi kepada pelajar-pelajar Tahun 4 dan Tahun 5, kerajaan juga akan mula fokuskan kepada pelajar-pelajar Tahun 1 dan memastikan mereka ini sudahpun mendapatkan suntikan vaksinisasi sebelum memulakan persekolahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *