Pemberita Tenang Membacakan Berita Kematian Suaminya

Manakan mungkin seorang manusia tidak berasa sedih apabila menghadapi berita kehilangan orang yang tersayang. Menangis dan mungkin sekali seseorang menjadi tidak tentu arah apabila menerima berita kematian.

Namun, lain yang terjadi bagi seorang pembaca berita dari India ini.  Supreet Kaur merupakan pembaca berita untuk saluran IBC24 di India.

Kredit : Twitter

Kaur mengetahui berita yang disampaikan secara langsung itu adalah mengenai suaminya apabila mendapat maklumat dari wartawan yang lain.

Melalui panggilan telefon terus dari Kaur kepada wartawan yang berada di tempat kejadian, butiran nahas dapat disampaikan untuk berita semasa.

Butiran yang diberi wartawan pada masa itu memaklumkan bahawa tiga dari lima orang yang berada di dalam kereta terbabit dalam nahas itu terbunuh.

Walaupun wartawan itu tidak menyebutkan butiran nama penuh mangsa, namun Kaur tahu bahawa suaminya, Harsad Kawade terlibat sama.

Suaminya menaiki kereta Renault Duster di jalan yang sama pada masa yang sama, bersama empat lagi rakan. Dengan butiran itu, cukuplah memberitahu bahawa suaminya adalah salah seorang mangsa.

Mendengar maklumat yang disampaikan dalam berita tersebut, Kaur bagaimanapun terus membaca berita-berita lain selama 10 minit.

Sebaik sahaja berita Sabtu pagi itu berkahir, Kaur tidak lagi dapat mengawal emosi dan akhirnya menitiskan air mata.

Kakitangan syarikat yang lain pada masa itu menyedari mengenai kematian suami Kaur semasa membaca berita berkenaan namun tidak sanggup untuk memberitahu perkara yang sebenar kepadanya.

Menurut Hindustan Times, Kaur telah pun berkhidmat sebagai pembaca berita selama 9 tahun. Dan perkahwinan Kaur bersama suaminya berusia setahun.

Kredit : Google

Tular kisah tentang Kaur di beberapa media sosial termasuklah facebook dan juga Twitter.

Rata-ratanya netizen memuji betapa tabahnya wanita ini mendapat tahu berita kematian suaminya ketika saat dia ‘on air’ di kaca televisyen.

Ini benar-benar kisah yang menjentik emosi kita semua.

Dalam pada mengawal emosi sendiri, Kaur masih mengekalkan professionalisme ketika bekerja. Banyak nilai yang kita boleh pelajari dari Kaur.

Antaranya ialah nilai kekuatan yang ditunjukkan. Walau apa pun yang terjadi, berdiri kuatlah dalam menerima kenyataan. Meski sakit dan pilu, tetaplah bertahan untuk hari-hari mendatang.

Selain itu, professionalisme ketika bekerja juga perlu dikekalkan. Sesuatu urusan yang melibatkan pekerjaan perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini juga melibatkan nama baik diri kita sendiri.

Kaur adalah seorang wanita yang hebat!

Baca lagi : Program Gap Year di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *