Pemain-Pemain J-League Ini Menjadikan 3 Sepakan Dalam Komik Captain Tsubasa Satu Realiti

Di dalam komik ‘Captain Tsubasa’ yang berasal dari Jepun ini, kita dapat lihat watak-watak dalam komik ini telah mencipta pelbagai jenis tendangan yang menarik untuk menjaringkan gol. Namun begitu, timbul satu persoalan sama ada sepakan yang dilakukan di dalam komik ini boleh atau tidak dilakukan di dunia nyata.

Yelah, di dalam komik, sesiapa sahaja boleh membuat pelbagai aksi yang tidak tercapai dek akal menjadi sesuatu perkara yang mudah dilakukan. Ini kerana, imaginasi seseorang itu tidak terbatas dan tiada halangan. Tetapi, apabila untuk membawanya ke alam realiti, pastinya ada kesukaran yang timbul untuk merealisasikannya.

Walaupun kelihatan sukar untuk meniru semula cara sepakan beberapa watak dalam komik ‘Captain Tsubasa’ ini, beberapa orang pemain dari J-League telah mencuba untuk melakukan semula beberapa sepakan yang ada di dalam komik ‘Captain Tsubasa’ ini. Jom kita tonton video di bawah untuk melihat sama ada mereka berjaya atau tidak melakukannya.

Sepakan Kamisori

Di dalam komik ‘Captain Tsubasa’, sepakan ‘Kamisori’ ini telah dilakukan oleh Makoto Soda. Soda adalah seorang pemain pertahanan yang sangat ganas dan pandai melakukan kekerasan kepada pemain lawan tanpa pengetahuan pengadil.

Sepakan ‘Kamisori’ adalah sejenis sepakan di mana seseorang pemain akan meyepak bola menggunakan bahagian luar kaki dan bola akan bergerak laju secara melengkung. Untuk memahami cara sepakan ini dilakukan, anda boleh lihat video di bawah.


Baca lagi: Latihan Menyepak Ombak Pasti Mengingatkan Anda Kepada 4 Komik Sukan Dari Jepun Ini

ads-beard-oil-with-azrel

Sepakan Berkembar

Sepakan berkembar ini pula dilakukan oleh pasangan adik beradik kembar iaitu Masao dan Kazuo Tachibana. Posisi asal kedua-dua adik beradik ini ialah di tengah, namun begitu mereka sering diletakkan sebagai penyerang dek kerana kepantasan mereka dan kemahiran akrobatik yang dimiliki mereka.

Sepakan berkembar ini adalah sejenis sepakan di mana dua pemain akan menyepak bola secara serentak untuk menjaringkan gol. Jom kita lihat bagaimana sepakan ini dilakukan oleh dua pemain J-League ini.

Sepakan Han Dou Shuu Soku Jin Hou

Berdasarkan komik ‘Captain Tsubasa’, sepakan ini telah dibuat oleh Kojiro Hyuga. Hyuga merupakan musuh ketat Captain Tsubasa. Hyuga adalah seorang pemain yang sangat kuat dan kasar. Ramai pemain lain yang menggeruni cara permainannya. Tetapi, dalam masa yang sama, Hyuga sebenarnya adalah seorang yang sering mengambil berat tentang keluarga dan rakan-rakannya.

Sepakan ‘Han Dou Shuu Soku Jin Hou’ ini adalah sejenis sepakan di mana dua pemain diperlukan untuk menjayakannya. Seorang pemain akan menyepak bola terlebih dahulu dan kemudian pada saat itu juga seorang pemain lagi akan menyepak bola tersebut selepas disepak pemain pertama. Tak faham? Jom tengok video ini.

Baca lagi: 5 Aksi Comeback Yang Mengkagumkan Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.