Pelakon Juga Pelawak Pie, Meninggal Dunia

 

Piee merenung jauh 2

Pelakon veteran, Pie meninggal dunia kerana sakit tua di Pulau Pinang pada jam 9 malam tadi.

Pelakon juga pelawak Pie atau nama sebenar Shafiee Jaafar, 85 tahun, meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 9 malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di rumah anaknya bertempat di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Berita tersebut disahkan oleh teman karibnya, Omar M Hashim atau Omara.

Menurut Astro Awani, berita tersebut telah dimaklumkan sejurus selepas dunia kehilangan pelakon hebat itu menerusi panggilan telefon.

Pada Ogos lalu, timbul spekulasi mengatakan Pie telah kembali ke rahmatullah akibat daripada jangkitan paru-paru.

Beliau telah dimasukkan ke hospital kerana kesejukan melampau dengan paru-parunya dijangkiti kuman.

Antara filem yang pernah dilakonkan arwah adalah, Mami Jarum, Nana Tanjung juga Mami Jarum Junior

kredit foto:warisanboria.blogspot.com

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *