Pelakon Aidil Terlepas Hukuman Gantung

Pelakon Aidil Terlepas Hukuman Gantung

YouTube

Kuala Lumpur – Pelakon drama, Aidil Aziz dan dua rakannya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini semalam meminda pertuduhan yang dihadapi mereka daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah itu.

Pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pedakwa Raya Aftal Mariz Mohamed di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Bagaimanapun, Aidil, atau nama penuhnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 29, dan dua rakan, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, Bekerja sendiri dan R. Guvevara Cortez, 33, jurutera teknologi maklumat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.

Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevera merupakan rakyat Filipina.

Mengikut pertuduhan, masing-masing didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja berat 18.39 gram di sebuah rumah di Ampang Ulu, di sini pada 12.40 tengah hari, 24 September lalu.

Mereka di dakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM 20,000 atau penjara selama 5 tahun atau kedua-duanyaa sekali jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM 4,000 kepada Aidil yang diwakili peguam bela Wan Azman Aiman Wan Fakharuddin dan Guevara diwakili Afifuddin Ahmad Hafifi.

Omar Sayeed pula diwakili peguam G. Jaya Prem tidak dibenarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai satu kes di Mahkamah Seksyen.

Mengikut pertuduhan asal ketiga-tiga tertuduh didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 465.6 gram dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman sampai mati jika sabit kesalahan.

Aidil dan Guevara mengaku bersalah terhadap pertuduhan tambahan itu dan didenda RM1,500 atau dua bulan penjara serta perlu berada di bawah pengawasan polis selama 2 tahun.

Kedua-dua tertuduh iaitu Aidil dan Guevara membayar jaminan dan denda itu.

Sumber: Kosmo

BACA: PewDiePie Yang Miliki 50 Juta Pengikut Bakal Tutup Akaun Youtube

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.