Pelajari Latihan Tangan Purba Jepun Ini Untuk Seimbangkan Emosi

Tekanan adalah merupakan punca kepada setiap masalah dalam badan. Faktor gaya hidup adalah salah satu sebab untuk terdedah kepada kebimbangan dan kemurungan. Itulah sebabnya anda perlu belajar seni purba Jepun Jin Shin Jyutsu ini untuk mengimbangi tenaga dalam badan dan membantu melepaskan tekanan.

Pelajari Latihan Tangan Purba Jepun Ini Untuk Seimbangkan Emosi

Sumber gambar: Shutterstock

Ia adalah satu kaedah self-help yang sangat mudah untuk mengumpul tenaga dalam badan dan mengimbangi diri dari segi fizikal, mental dan rohani. Melalui teknik ini, setiap jari dapat disambungkan ke pelbagai organ dan bahagian-bahagian badan serta mengawal emosi.

Bagaimana untuk melakukannya?

Sumber gambar: murphysmusiccompany.com

Pegang setiap jari untuk dua nafas atau lebih dari itu. Ianya dipercayai bahawa memegang jari dapat menghubungkan kepada sesuatu emosi. Ini dapat membantu menenangkan organ yang anda mahu sembuhkan dan membantu untuk mengembalikan keseimbangan.

Satu lagi cara untuk melakukan teknik ini adalah dengan memegang kesemua lima jari sehingga salah satunya mula rasa berdenyut. Kemudian anda boleh untuk cuba menenangkan denyutan pada jari anda  itu.

Berapa lama anda harus pegang jari anda?

Sumber gambar: Youtube

Anda mempunyai banyak cara untuk melakukannya. Salah satunya adalah dengan memegang kesemua sepuluh jari anda satu demi satu sehingga anda rasa denyutan di jari yang tertentu.

Jika anda mendapati salah satu jari anda berdenyut dengan kuat apabila anda mula-mula menyentuhnya, pegang jari itu sehingga denyutannya kembali tenang.

Satu lagi cara untuk melakukannya adalah dengan memegang kesemua jari anda bersama-sama. Ini adalah amalan yang baik untuk melakukannya sepanjang hari. Ia boleh menjadi sangat bermeditasi dan santai.

Lakukannya sebelum tidur

Sumber gambar: mymeditationjournal.com

Memegang jari sebelum tidur adalah satu praktikal yang sangat baik. Ia bukan sahaja membentuk tabiat tetapi juga membantu anda untuk mendapatkan tidur yang baik.

 

Baca lagi: 5 Tips Untuk Merapikan Jambang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *