(Moto Gp) Khairul Idham Pawi Juara Moto 3 Di Grand Prix Jerman

Lagu Negaraku telah berkumandang di Litar Grand Prix Sachesenring, Jerman apabila pelumba Moto 3 negara, Khairul Idham Pawi berjaya menjadi juara kategori ini semalam. Ini adalah kejuaraan kedua buat Khairul Idham Pawi pada tahun ini selepas memenanginya kali pertama di Argentina pada bulan April yang lepas.

Kredit: paultan.org

Walaupun bermula di petak ke 20, Khairul mampu untuk memintas semua pelumba di depan dengan begitu cemerlang. Apa yang lebih menggetirkan ialah, perlumbaan semalam telah berlangsung ketika hujan dan trek berada dalam keadaan basah.

Trek yang basah dan licin tidak menghalang Khairul Idham Pawi untuk terus memecut dan menunggang motornya dengan laju. Situasi ini sama seperti yang dihadapi oleh beliau ketika menjadi juara di Grand Prix Argentina di mana pada waktu itu hujan lebat dan trek basah serta licin.

Atas sebab inilah beliau telah digelar sebagai ‘King of Wet’ kerana berjaya menjadi juara ketika hujan turun dan menunggang dengan baik dalam keadaan trek basah.

Kredit: paultan.org

Kemenangan Khairul Idham Pawi semalam menyaksikan beliau telah meninggalkan pesaing di belakangnya dalam jarak masa 11 saat. Ini bermaksud beliau telah meninggalkan pelumba lain jauh di belakang.

Kemenangan ini juga meletakkan Khairul Idham Pawi pada kedudukan ke 10 secara keseluruhan untuk kategori Kejohanan GP Moto 3 dengan 54 mata. Beliau kini menunggang untuk pasukan Honda Team Asia.

Tahniah diucapkan kepada Khairul Idham Pawi daripada kami di Mensive!

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *