Pasangan Kahwin 70 Tahun Cipta Memori Menerusi Gambar Yang Tidak Pernah Mereka Rasa

aal3l5m

Apabila pasangan kekasih di zaman persekolah, Margaret dan juga Ferris Romaire disatukan pada 24 November 1946, tidak ada satu gambar pun mereka dapat ambil.

aal3l5n

Dan disebabkan itu Margaret dan juga Ferris mendapat peluang untuk sesi bergambar pada hari ulang tahun mereka yang ke 70 tahun. Pasangan yang berasal dari Texas, yang memiliki 4 orang anak, 8 cucu, dan juga 8 cicit yang berterima kasih kepada cucunya,  Amanda Kleckley bagi menjayakan sesi fotografi tersebut. Kleckley ingin memberi peluang kepada datuk dan neneknya di dalam merasai memori yang tidak mereka dapat. “Kita mengambil mudah di dalam mencipta memori,” ujarnya kepada ABC News.

aal3npd

Di dalam persediaan untuk mendapat gambar, sudah pasti masa turut berubah. “Tiada siapa yang membawa kamera ke majlis perkahwinan kami.” “Kami tidak mempunyai perkahwinan seperti orang sekarang buat.” Memberitahu jangka masa perkahwinan tersebut hanya berjangka masa selama 15 minit dengan ayah Margaret memberikan sepatah dua kata.

aal3qsw

Pada akhir bulan Oktober, hampir 70 tahun dahulu, Margaret membeli gaun kelabu pearl, yang panjang ke lantai di kedai tempatan manakala suaminya hanya memakai suit yang sedia ada di dalam almarinya. Dan untuk tahun ini, kedua-dua baju itu masih lagi boleh dipakai dan gambar yang dapat dirakam amat cantik.

ads-gent-grooming

Apa yang  lebih membahagiakan mereka adalah kini mereka ada gambar di hari perkahwinan yang boleh dilihat kembali sebagai satu memori.

Tetapi pada yang sama Margaret memberitahu rahsia dia kekal lama bersama Ferris adalah kerana lelaki itu tahu memasak dan menggosok bajunya sendiri. “Hormati pasangan lain dan selalu mengaku kesalahan sendiri adalah kunci kebahagiaan.”

Sumber: Good Housekeeping

BACA: Senarai Datuk Paling Kacak di Dunia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.