Pasangan Dalam Kaca Tv Dan Filem Yang Benar-Benar Serasi

Anda yang sering menonton televisyen mahupun wayang tentu sedar akan hal ini bukan? Kebanyakan daripada kita apabila menonton drama ataupun filem tentu akan memperkatakan mengenai keserasian pelakon wanita dan lelaki di dalam filem/drama tersebut bukan?

Hah inilah dia yang ingin kita bincangkan hari ini kerana seringkali ramai yang akan bercakap hero ini sesuai dengan heroin itu dan macam-macam lagilah. Bila hero dan heroin serasi itu terpisah maka ramai beranggapan gandingan seterusnya bakal menemui kegagalan.

Berikut adalah beberapa gandingan artis yang mencetuskan fenomena di kaca televisyen mahupun di panggung wayang kerana keserasian mereka.

Gambar hiasan: Hangat.com

Fattah Amin X Neelofa

Gandingan ini meletup buat pertama kalinya apabila mereka digandingkan di dalam drama terbitan Astro iaitu Suri Hati Mr Pilot. Setelah selesai drama tersebut gandingan mereka ini bagaikan mencetuskan sesuatu fenomena baru di dalam industri drama Malaysia.

Gambar hiasan: Fanpop

Shahrukh Khan X Kajol

Gandingan layar perak Bollywood yang sukar dicari ganti walaupun admin pun sebenarnya kurang minat dengan gandingan mereka namun kebanyakan filem lakonan mereka berdua mencetuskan pelbagai fenomena seperti Kuch Kuch Hota Hai dan Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Gambar hiasan: TVN

Jericho Rosales X Kristine Hermosa

Drama Filipina juga tidak kurang hebatnya dengan mempertaruhkan gandingan kedua bintang terkenal ini melalui drama Pangako Sa Yo dan ternyata mereka sangat serasi dan antara gandingan mereka yang berjaya adalah Sanay Wala Ng Wakas.

Gambar hiasan: Rediff

Aamir Khan X Juhi Chawla

Gandingan Bollywood terawal yang menempa nama dalam oindustri Bollywood sehingga mencatat sejarah kutipan box-office melalui Qayamat Se Qayamat Tak. Sebagai gandingan emas Bollywood mereka mencatat pelbagai kejayaan melalui Ishq dan Hum Hain Rahi Pyaar Ke.

Gambar hiasan: KTMC

Alyssa Milano X Julian McMahon

Pasti ramai yang mengikuti drama Charmed dan tertarik dengan jalan cerita yang melibatkan Cole Turner dan Phoebe Halliwell. Ramai yang frust apabila watak Cole dimatikan secara tergesa-gesa kerana mereka berpendapat gandingan antara kedua pelakon tersebut ternyata sangat serasi.

Baca lagi: 5 Supermarket Popular Yang Wajib Untuk Anda Kunjungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *