Panduan Bagaimana Kita Dinilai Oleh Orang Lain

TheComm

Kata-kata ini sangat popular. Namun realitinya ia tidaklah tepat. Kita dinilai oleh manusia lain sepanjang masa. Tanggapan pertama membuka pintu penilaian dan apa yang anda cakap dan buat selepas itu akan mengukuhkan tanggapan pertama itu. Penting untuk membuat tanggapan pertama yang baik, malangnya penilaian orang pada kita tidak berhenti di situ. Kerana itu pertemuan pertama harus sentiasa dijaga dari banyak sudut.

1. Kita Dinilai Dari Cara Kita Berpakaian.

Berpakaianlah sebagaimana kita mahu dilayan. Usah salahkan orang jika tidak melayan kita dengan baik sedangkan kita sendiri memakai selipar jepun sahaja. Saya tidaklah minta anda memakai suit sepanjang masa. Itu gila. Berpada-padalah. Panduan yang baik adalah sentiasa memakai kasut. Loafers, sneakers dan slip on adalah pilihan yang baik untuk suasana kasual.

Themalestylist.com

2. Pengurusan Masa

Tidak ada sesiapa yang suka dengan orang yang lambat. Termasuk mereka yang lambat. Pengawalan masa yang baik adalah imej yang baik. Sampai ke tempat yang dijanjikan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa yang dijanjikan adalah rutin yang sangat baik. Tiada alasan untuk ini. Sudah tahu jalan sesak, keluar awal!

Power To Lead

3. Persediaan Yang Baik

Jika anda mempunyai pembentangan atau temuduga yang harus dihadiri, persediaan yang akan membezakan anda dengan orang lain. Adalah normal jika rasa gemuruh dengan tangan sedikir menggigil, tetapi jika persediaan yang baik telah dilakukan, kesan gemuruh itu akan segera hilang. “Success depends upon previous preparation, and without such preparation, there is sure to be failure.” kata Confucius.

4. Etika dan Adab

Semua lelaki dilahirkan dengan ego. Lelaki matang akan dapat mengawal egonya dengan baik dan sentiasa meletakkan adab di tempat paling atas. Dengan adab, etika senang dipraktikkan. Tidak menjerit-jerit apabila bercakap di tempat awam, membukakkan pintu kepada wanita dan makan dengan menggunakan peralatan makan yang disediakan adalah beberapa contoh etika yang diterima pakai oleh masyarakat.

Stephanie holmes

5. Bahasa Yang Baik

Tidak ada yang lain menunjukkan karakter seorang lelaki budiman selain dengan menggunakan bahasa yang baik. Bercakap dengan nada yang lembut, membahasakan orang lain dengan panggilan hormat paling tinggi dan elak menggunakan perkataan kasar dan carutan.

Grungy

Buat semua di atas dan anda akan menonjol sebagai lelaki matang dan budiman.

Baca : Kenapa Lelaki Patut Pakai Baju Bewarna Merah Jambu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *