Pandangan Wanita Terhadap Lelaki Yang Masih Tinggal Dengan Ibu Bapa

Pandangan Wanita Terhadap Lelaki Yang Masih Tinggal Dengan Ibu Bapa

money.usnews.com

Di zaman moden kini terdapat pelbagai pilihan untuk kehidupan khususnya generasi muda yang tersepit akibat daripada arus globalisasi yang sedang membangun oleh itu terdapat perbincangan pada pandangan wanita terhadap lelaki yang masih tinggal dengan ibu bapa.

Ada yang menjadikan pilihan tinggal di rumah ibu bapa sebagai salah satu cara di dalam pengurusan kewangan masing-masing untuk kehidupan yang lebih teratur dan jimat.

Ada juga yang menjadikan tinggal di rumah ibu bapa sebagai alasan untuk tidak menguruskan diri sendiri secara berdikari ( masih mengharapkan ibu untuk mencuci pakaian sendiri)

Di sini kami lampirkan pandangan wanita terhadap lelaki yang masih tinggal dengan ibu bapa.

Saya tinggal bersama kedua orang tua saya adakah perempuan akan menilai?

Seorang wanita yang patuh pada ajaran islam dan sunnahnya sudah pasti tidak akan berkata selain daripada untuk kebaikan saudara seislamnya.

Namun begitu jikalau anda memilih untuk tinggal bersama kedua orang tua anda itu juga adalah pilihan yang paling tepat kerana tanpa mereka siapalah kita sekarang.

Tambahan pula mengikut arus kemodenan sekarang tinggal bersama kedua-dua orang tua walaupun usia kita sudah mencecah ke 30 tahun adalah tidak relevan kerana ketika usia tersebut kita sepatutnya sudah pandai berdikari tanpa perlu menyusahkan orang tua.

Ada juga lelaki yang tinggal bersama kedua orang tua hanya kerana untuk menjimatkan kos sara hidup yang meningkat. Ada betulnya kerana di rumah orang tua semuanya sudah lengkap termasuk kerja membasuh baju juga turut dilakukan orang tua.

Untuk tidak menjadi seperti itu kebanyakkan lelaki memilih untuk membeli rumah atas faktor persediaan berumah tangga dan juga sebagai aset persendirian.

Namun begitu jangan pula anda bercerita di awal perkenalan yang anda tinggal bersama kedua orang tua kerana kos sara hidup yang tinggi kerana masa yang sesuai untuk berkenalan adalah ketika kalian berdua serius dalam perhubungan.

Jalinkan hubungan seperti biasa sehingga anda mampu membeli sebuah rumah untuk keselesaan dan masa depan kalian berdua!

Takkan selepas berkahwin masih mahu mengharapkan rumah orang tua sebagai sasaran?

Ketika anda tinggal bersama orang tua itulah masa yang sesuai untuk menyimpan, rebut peluang itu selagi masih boleh berbuat demikian.

Begitulah Pandangan Wanita Terhadap Lelaki Yang Masih Tinggal Dengan Ibu Bapa.

Baca Lagi: 7 Tips hilangkan lingkaran bawah mata

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *