Otak Manusia Menjadi Lemah Apabila Tua

Otak Manusia Menjadi Lemah Apabila Tua

                                                                              NDTV.com

Penyelidikan baharu dari University Newcastle, England bersama Universiti Persekutuan Rio De Janeiro, Brazil mendapati, berlaku perubahan lipatan kortikal otak apabila manusia semakin tua.

Pasukan itu mendapati, apabila manusia semakin tua, ketegangan pada korteks semakin berkurangan. Kesan itu lebih ketara kepada individu yang menghidap penyakit alzheimer.

Penulis utama penyelidikan itu, Dr. Yujian Wang dari Universiti Newcastle menjelaskan, kesan itu diperhatikan pada usia yang lebih muda dan ketara bagi pesakit alzheimer.

“Salah satu ciri-ciri utama otak mamalia adalah alur dan lipatan di seluruh permukaan hampir menyerupai struktur kedutan kacang walnut. Sehingga kini, tiada saintis yang dapat mengukur lipatan itu dengan cara yang konsisten.

“Namun, menerusi pemetaan lipatak otak lebih 1,000 orang yang menjadi sumber kajian, kami mendapati bahawa lipatan otak manusia mengikut pola universal yang dapat diperhatikan perubahannya.

ads-perfume-with-azrel

“Seterusnya, kami dapat membuktikan hipotesis ketegangan di bahagian dalam korteks berkurangan seiring dengan peningkatan usia,” katannya.

Lazimnya, kehilangan keanjalan kulit merupakan antara tanda luaran penuaan. Kini, terbukti bukan sahaja kulit manusia boleh mengendur tetapi lipatan otak turut menerima nasib serupa.

Komen dibawah jika anda ada sebarang perkongsian.

Sumber: Kosmo

BACA: 5 Punca Terlalu Kerap Kentut

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *