(Gajet) Oppo F1s ‘Selfie Expert’ Bakal Temui Pengguna Ogos Ini

Telefon pintar baharu keluaran Syarikat OPPO yang diberi nama F1s bakal menemui pengguna pada bulan Ogos ini. F1s dijangka mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding telefon pintar siri-F keluaran OPPO sebelum ini iaitu F1 dan F1 Plus.

Kredit: androidcommunity.com

F1s juga dikatakan masih mengekalkan kelebihan telefon pintar siri-F sebelum ini iaitu sebagai selfie expert di mana pada telefon F1, spesifikasi kamera hadapannya ialah 8 megapiksel yang membantu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi apabila mengambil gambar selfie.

Kedatangan OPPO F1s pasti akan merancakkan lagi industri telefon pintar kerana OPPO hanya mengeluarkan produk yang memenuhi kehendak pengguna. Ini dibuktikan dengan pengembangan syarikat sebanyak 153.2% sehingga Jun 2016. Pengembangan yang pesat ini berlaku hasil kejayaan telefon pintar siri-F OPPO dalam pasaran.

Timbalan Presiden OPPO iaitu Sky Li mengatakan bahawa, ramai pengguna memberi maklum balas yang baik tentang telefon pintar siri-F sebelum ini. Oleh itu, OPPO telah berusaha untuk memberikan yang lebih baik pada telefon pintar F1s ini.

Kredit: www.lelong.com.my

Telefon pintar OPPO siri-F ini turut dikatakan sebagai telefon pintar yang mampu dimiliki walaupun spesifikasinya kelihatan sebagai telefon pintar berjenama mewah. OPPO seolah-olah memberi peluang kepada pengguna yang memiliki bajet sederhana untuk merasai telefon pintar yang kelihatan seperti jenama mewah yang lain.

Jika dilihat pada kejayaan telefon pintar siri F1 dan F1 Plus sebelum ini, adalah tidak mustahil bagi telefon pintar siri F1s ini untuk mengecapi kejayaan sama seperti ‘abang-abangnya’ sebelum ini dan mungkin juga menjadi telefon pintar siri-F yang paling berjaya.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *