(Olimpik Rio 2016) Super Mario Muncul Di Majlis Penutup

super mario

Kredit foto: bostonglobe.com

Majlis penutup temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang diadakan di Stadium Maracana pastinya menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila watak Super Mario muncul semasa majlis penutup ini berlangsung. Rupa-rupanya, watak Super Mario yang muncul sewaktu majlis penutup ini telah dilakonkan oleh Perdana Menteri Jepun iaitu Shinzo Abe.

Sebelum Super Mario atau Shinzo Abe muncul, para penonton ditunjukkan satu video di mana Shinzo Abe yang sedang berada di Tokyo mengatakan beliau tidak sempat untuk sampai ke Rio de Janeiro untuk majlis penutup sukan olimpik. Sepatutnya Shinzo Abe patut hadir ke majlis ini memandangkan selepas ini sukan olimpik akan dilangsungkan di Tokyo, Jepun pada tahun 2020.

Tetapi, oleh kerana beliau kesuntukan masa dan jarak di antara Jepun dan Brazil dianggarkan sejauh 18,500 km, Shinzo Abe merasakan beliau tidak sempat sampai tepat pada waktunya. Namun begitu, tiba-tiba beliau telah berubah menjadi Super Mario dan berlari menuju ke sebuah saluran paip berwarna hijau yang dikatakan akan menghubungkan Tokyo dengan Rio.

super mario

Kredit foto: www.telegraph.co.uk

Super Mario yang memegang bola berwarna merah ketika itu yang turut ditemani oleh Doraemon, terus melompat masuk ke dalam saluran paip itu. Super Mario itu menggelongsor laju di dalam paip dan tiba-tiba suasana di Stadium Macarana di Rio menjadi gelap.

Cahaya lampu limpah ditumpukan pada paip yang berwarna hijau dan kelihatan Super Mario muncul dari dalam paip tersebut. Apabila Super Mario bangun, kostumnya ditanggalkan maka ternampaklah wajahnya yang sebenar iaitu Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sambil beliau mengangkat bola berwarna merah yang bercahaya sebagai simbolik penerimaan Jepun untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020.

super mario

Kredit foto: nbcolympics.com

Ramai yang mengatakan bahawa gimik yang dibuat oleh Jepun ini adalah sangat menarik kerana ia telah membuatkan semua orang mengimbau kenangan semasa kecil di mana permainan video game Super Mario adalah game yang cukup popular di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada itu, daripada gimik yang dilakukan oleh Perdana Menteri Jepun ini, ramai menjangkakan bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi lebih hebat berbanding Sukan Olimpik Rio 2016. Untuk Olimpik Tokyo akan ada lima sukan baru yang dipertandingkan iaitu baseball, karate, skateboard, sports climbing dan juga surfing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *